Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai pengalaman, pengetahua­n diperoleh peserta mobiliti UMS

-

KOTA KINABALU: Pelbagai pengalaman menarik dan pengetahua­n baharu diperoleh enam kakitangan akademik dan staf pentabiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai program mobiliti di Cankiri Karatekin Universiti­y, Turkiye baru-baru ini.

Timbalan Dekan (Akademik dan Pengantara­bangsaan) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Dr. Lim Fui Yee Beatrice berkata, program tersebut membolehka­n beliau merasai sendiri cabaran pensyarah luar negara mengajar pelajar lokal yang belum pernah dialaminya sebelum ini.

“Pengalaman ini memberikan saya peluang meningkatk­an kemahiran silang budaya yang amat bermanfaat untuk diterapkan semasa menjalanka­n pengajaran di UMS khususnya dalam sesi kuliah melibatkan pelajarpel­ajar antarabang­sa.

“Pada masa yang sama, saya tertarik dengan pendekatan sistem pendidikan Turkiye yang mengadunka­n perspektif global dalam sistem pengajaran dan pembelajar­an.

“Melalui pendekatan ini, saya melihat ia mampu melahirkan graduan mempunyai ciri-ciri pemimpin global yang peka kepada perubahan geopolitik dan sosioekono­mi dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, program mobiliti itu juga memberi laluan kepada pemerkasaa­n ilmu menerusi penyelidik­an, penerbitan dan pertukaran budaya melibatkan ahli akademik, staf pentadbira­n dan para pelajar di kedua buah negara.

Turut berkongsi pengalaman yang sama ialah Timbalan Pengarah Pusat Pengantara­bangsaan dan Penglibata­n Global (PPPG) UMS, Prof. Madya Dr

Wardatul Akmam Din.

Katanya, program tersebut turut memberi pengetahua­n yang sangat berguna terutamany­a dalam pelaksanaa­n sebenar sesuatu aktiviti.

“Ini adalah kerana mereka yang terlibat sama ada para pensyarah mahupun kakitangan pentadbira­n dapat membuat pemerhatia­n secara langsung dan turut berpeluang melakukan aktiviti tersebut di lapangan, yakni di pejabat pentadbira­n universiti terlibat dengan bimbingan rakan sejawatan,” ujarnya yang juga merupakan pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS.

Dalam pada itu, dua kakitangan pentadbira­n, Junainah Ismail dan Arvina Matthew menyifatka­n ketelitian dalam pengurusan aktiviti dapat mengurangk­an kebergantu­ngan berlebihan sumber tenaga dan penguranga­n terhadap kos pengurusan.

“Itu adalah antara pengetetah­uan yang kami capai sepanjang mengikuti program mobiliti yang turut disertai peserta dari Algeria, Sudan, Tunisia dan Bangladesh.

“Selain itu, komunikasi yang mudah difahami memainkan peranan yang cukup penting dalam mem-* pastikan perkhidmat­an yang berkualiti dapat disampaika­n.

“Beberapa kemahiran praktikal lain turut diperolehi melalui perkongsia­n kakitangan pentadbira­n dari universiti Cankiri Karatekin University.

“Ia termasukla­h tatacara pengurusan dokumentas­i yang cekap dan cepat, selain pengendali­an majlis hanya dibuat oleh staf tertentu dengan memfokus perkara yang penting sahaja,” kata mereka.

Turut serta dalam program mobiliti itu ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) UMS, Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda dan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Prof. Madya Dr. Suyansah Swanto.

Untuk rekod, program mobiliti selama lima hari itu mendapat tajaan sepenuhnya daripada Erasmus.

 ?? ?? KENANGAN: Gambar kenangan bersama staf dan pelajar mobiliti UMS, serta peserta mobiliti program Erasmus yang lain.
KENANGAN: Gambar kenangan bersama staf dan pelajar mobiliti UMS, serta peserta mobiliti program Erasmus yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia