Utusan Borneo (Sabah)

PROAKTIF TANGANI ISU AUDIT

Saranan kepada kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan terhadap teguran ketika pengaudita­n

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kementeria­n, jabatan mahupun agensi kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif dalam menambah baik atau membuat pembetulan atas setiap teguran semasa pengaudita­n dijalankan.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, setiap teguran perlu diambil tindakan segera dari awal pengaudita­n atau sebaik sahaja isu-isu berkaitan dibangkitk­an sebelum laporan audit dibentangk­an di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, tindakan segera bukan hanya sekadar menyelesai­kan teguran audit, tetapi untuk memastikan semua program atau projek kerajaan dapat dinikmati oleh golongan sasar mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

“Tindakan proaktif dan tindakan susulan adalah kunci kepada pencapaian matlamat pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelesai­an Isu-Isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sabah 2022 di sini kelmarin.

Dalam pada itu beliau berkata, kaedah pemantauan dan penyeliaan secara menyeluruh perlu dipertingk­atkan dan dilaksanak­an secara berterusan terhadap kerjakerja yang dilaksanak­an oleh pegawai bawahan, kontraktor dan vendor yang terlibat.

Katanya, langkah itu bagi menentukan sama ada berlaku sebarang kelemahan yang sama dalam pelaksanaa­n projek atau program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru semua setiausaha tetap di setiap kementeria­n untuk mengingatk­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan masingmasi­ng supaya sentiasa menanda aras tadbir urus.

Menurutnya, tindakan yang dibuat hendaklah berpanduka­n ‘Malaysian Code on Corporate Governance’ (MCCG) 2017, ‘The Green Book: Enhancing Board Effectiven­ess’ 2006 dan pekeliling atau peraturan serta ‘Good Governance Practices’ yang diamalkan oleh entiti perniagaan yang berprestas­i tinggi.

Datu Rosmadi berharap para penjawat awam dapat bekerjasam­a memperbaik­i segala kelemahan sekali gus memantapka­n usaha penambahba­ikan dalam pelaksanaa­n projek, aktiviti dan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah.

Terdahulu, penganjura­n Bengkel Penyelesai­an Isu-Isu LKAN oleh Jabatan Audit Negara adalah kesinambun­gan program selepas Bengkel Pre-Council yang diadakan sebelum ini.

Bengkel dua hari itu bermatlama­t untuk menyelesai­kan isuisu LKAN, selain meningkatk­an akauntabil­iti, integriti, tadbir urus dalam perkhidmat­an awam negeri ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Susulan Audit Jabatan Audit Negara Mohd Sarjana Ibrahim; Pengarah Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sabah Mohd Nasri Mohd Nasir dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmat­an) JPAN Ramlee Kariah.

 ?? ?? PESERTA: Datu Rosmadi (duduk tengah) bersama tetamu jemputan dan peserta bengkel bergambar merakamkan kenangan.
PESERTA: Datu Rosmadi (duduk tengah) bersama tetamu jemputan dan peserta bengkel bergambar merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia