Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu maut, dua cedera dalam kemalangan

- Oleh Hamzah Sanudin

LAHAD DATU: Seorang pemandu maut dan dua lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung di Kilometer 15 Jalan Lahad DatuSandak­an, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berumur 28 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Assisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta sedan dengan pacuan empat roda.

Katanya, kemalangan berlaku semasa pemandu pacuan empat roda memasuki lorong bertentang­an dan tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan penumpangn­ya kanakkanak berumur 12 tahun cedera parah.

“Manakala pemandu pacuan empat roda berumur 31 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Rohan berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda yang mengendali­kan kenderaan sehingga memasuki lorong bertentang­an.

“Kedua-dua pemandu tidak dipengaruh­i dadah atau alkohol, namun polis akan mengambil sampel darah mereka untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid dalam kenyataann­ya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.48 pagi.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba terus menjalanka­n operasi mengeluark­an mangsa dan penumpangn­ya yang tersepit di dalam kenderaann­ya,” katanya.

Sumsoa berkata pasukan bomba menjalanka­n pemeriksaa­n akhir di lokasi kejadian bagi memastikan lokasi kejadian selamat untuk pengguna jalan raya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.02 pagi.

 ?? ?? TRAGIS: Pasukan bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaann­ya.
TRAGIS: Pasukan bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia