Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 Sabah kembali melonjak 96 kes baharu

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan harian kes COVID-19 di negeri ini kembali melonjak naik menghampir­i paras angka 100 dengan 96 kes baharu direkodkan iaitu 20 kes lebih tinggi daripada jumlah kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatka­n kes baharu lebih tinggi termasuk tujuh daerah yang tidak mencatatka­n sebarang kes pada Isnin.

Katanya, daerah Papar merekodkan 10 kes baharu dan Putatan lima kes, manakala Tuaran naik daripada dua kes kepada lapan kes.

“Kota Kinabalu mencatatka­n sebanyak 37 kes baharu berbanding 43 kes kelmarin, begitu juga Penampang yang berkuranga­n daripada 23 kes kepada 20 kes.

“Secara keseluruha­n, jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu berkuranga­n daripada 19 daerah kepada 15 daerah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, keseluruha­n 96 kes yang direkodkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia