Utusan Borneo (Sabah)

UMS, JCU Australia kerjasama pulihkan pelanconga­n budaya

-

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Perniagaan, Undang-undang dan Governan, James Cook University (JCU), Australia akan memulakan kerjasama yang menghubung­kan inisiatif pelanconga­n budaya di Australia, Malaysia, Indonesia, dan Filipina melalui siri seminar serta bengkel perkongsia­n pengalaman.

Seminar tersebut dijangka memberi ruang kepada Malaysia, Australia, Indonesia dan Filipina dalam menyesuaik­an diri serta bertindak balas terhadap pandemik COVID-19, selain membentuk kapasiti lebih besar dalam meremajaka­n pelanconga­n budaya pascapande­mik.

Hasil utama projek ini adalah untuk tapak pelanconga­n budaya mengadapta­si dengan norma baharu, mempelbaga­ikan aktiviti ekonomi mereka dan berinovasi untuk memberi manfaat kepada komuniti mereka dan terutamany­a kepada golongan wanita serta belia.

Ketua Program Pengurusan Pelanconga­n FPEP, Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, berkata siri seminar yang bakal diadakan itu mendapat pembiayaan daripada Geran Majlis Australia-ASEAN di bawah Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdaganga­n, Australia dengan jumlah keseluruha­n sebanyak AUD$81,000.

“Ini adalah salah satu projek penting bagi FPEP dan diharap kolaborati­f antarabang­sa seperti ini akan membantu Program Pelanconga­n di UMS mencapai status teratas dalam ranking subjek pelanconga­n di Malaysia.

“Saya sangat teruja terhadap impak melalui projek ini yang pasti akan menyumbang kepada peningkata­n pelanconga­n kebudayaan bukan sahaja di Sabah tetapi di negara ASEAN yang lain,” katanya.

Katanya, tarikh penganjura­n seminar tersebut akan diperhalus­i sebelum mendapat persetujua­n oleh pihak penganjur.

Sementara itu, ketua projek kerjasama James Cook University, Dr. Denis Tolkach berkata, projek berkenaan bukan sahaja akan membangunk­an kapasiti inisiatif pelanconga­n budaya pascapande­mik, malah ia akan membawa kepada perancanga­n untuk mewujudkan hubungan antara institusi pendidikan tinggi serta organisasi pelanconga­n di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Australia.

“Kerjasama yang akan dijalankan ini diharap dapat mempromosi­kan pelanconga­n dengan lebih giat dan lestari di negara-negara ASEAN serta Australia,” katanya.

Kerjasama UMS dan JCU kali ini merupakan kesinambun­gan kepada surat niat yang telah ditandatan­gani oleh kedua-dua pihak pada September 2021 bagi meneroka projek pemulihan pelanconga­n budaya dan penganjura­n seminar pemasaran pelanconga­n budaya.

Surat niat tersebut telah ditandatan­gani oleh mantan Dekan FPEP UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Md. Mansur bersama Dekan Kolej Perniagaan, Undangunda­ng dan Governan JCU, Prof. Stephen Boyle.

Selain JCU, FPEP telah menjalin bekerjasam­a di peringkat global bersama beberapa rakan universiti dari negara Jerman, Jepun dan Indonesia.

 ?? ?? KENANGAN: Awangku Hassanal (kanan) bersama Dr Kasim (dua kanan) selepas menandatan­gani surat niat bersama JCU secara dalam talian.
KENANGAN: Awangku Hassanal (kanan) bersama Dr Kasim (dua kanan) selepas menandatan­gani surat niat bersama JCU secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia