Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan ayam diunjur kekal stabil pada minggu ketiga Jun ini

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

ALOR STAR: Bekalan ayam diunjur kekal stabil pada minggu ketiga bulan Jun 2022 dan disasarkan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan sentiasa memantau bekalan ayam di negara dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan bekalan ayam berterusan sepanjang masa.

“MAFI melalui Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) juga sedang giat melaksanak­an pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

“Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60 sekilogram dari 5 Februari hingga 30 Mac dan RM1.40 sekilogram bagi tempoh 1 April 2022 hingga 30 Jun 2022.

“Semua penternak boleh terus kemukakan permohonan supaya subsidi dapat disalurkan.

“Pihak MAFI dan DVS akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pemain industri yang berperanan penting dan terlibat langsung dalam rantaian pengeluara­n bekalan ayam bagi memastikan kelangsung­an pengeluara­n kekal terjamin,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah mengadakan lawatan kerja ke ladang ayam milik Bismi Empire Sdn. Bhd (BISMI) di Alor Star, Kedah semalam.

Tujuan lawatan ini juga adalah untuk meninjau operasi penternaka­n ayam di samping mendapatka­n maklumat secara langsung daripada pemain industri mengenai isu atau permasalah­an yang dihadapi.

Syarikat BISMI Empire merupakan antara pemain utama industri dalam pengeluara­n ayam bagi memenuhi keperluan negara yang menekankan konsep halal 100 peratus merangkumi seluruh proses ternakan, sembelihan dan edaran.

Syarikat ini mempunyai sebanyak 18 buah ladang di sekitar negeri Kedah yang berupaya menampung bekalan sehingga 2,140,000 ekor ayam secara keseluruha­n.

Walaupun terus berdepan dengan cabaran kos pengeluara­n yang tinggi dan kekurangan tenaga kerja, mereka tetap memberi jaminan bahawa pengeluara­n ayam akan dilakukan pada kapasiti maksimum untuk memenuhi keperluan rakyat sekali gus menstabilk­an bekalan ayam di pasaran.

 ?? ?? LAWAT: Ronald (tengah) mengadakan lawatan kerja ke ladang ayam milik BISMI Empire di Alor Star, Kedah semalam.
LAWAT: Ronald (tengah) mengadakan lawatan kerja ke ladang ayam milik BISMI Empire di Alor Star, Kedah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia