Utusan Borneo (Sabah)

Masalah elektrik di perumahan murah Sim Sim dapat perhatian SESB

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Masalah bekalan elektrik yang sering berlaku di kawasan perumahan murah Sim-Sim mendapat perhatian Sabah Elektricit­y Sdn Bhd (SESB), di sini semalam.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tanjong Papat, Saiful Bahari Muin berkata pihaknya kerap menerima laporan berhubung bekalan elektrik tidak stabil di kawasan tersebut.

Katanya, masalah itu telah dipanjangk­an kepada pihak SESB untuk tindakan selanjutny­a supaya ia dapat diatasi dengan segera.

“Hasil penyelidik­an pihak SESB mendapati wayar elektrik di kawasan itu perlu dinaik taraf daripada dua fasa ke tiga fasa.

“Justeru, kerja-kerja menaik taraf segera dilakukan oleh pihak SESB dengan pemasangan tiang dan wayar baharu yang lebih besar di kawasan tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemasangan tiang baharu itu akan dijalankan secara berperingk­at bermula lorong A/1 hingga H/8.

Beliau berkata, penduduk di sini akan menikmati bekalan elektirk yang lebih stabil dan baik setelah kerja-kerja menaik taraf selesai.

Saiful berharap semua penduduk di kawasan perumahan ini dapat bersabar dan tidak mengganggu kerja menaik taraf yang dilakukan oleh pihak SESB.

“Semoga masalah gangguan elektrik yang menyulitka­n aktiviti harian penduduk di sini dapat diatasi dengan kerja naik taraf tersebut.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada pihak SESB Sandakan kerana bertindak dengan pantas dalam menyelesai­kan masalah penduduk di sini,” katanya.

Turut hadir, selaku Penyelia N.56 Tanjung Papat Yong Yung Chung dan Pengerusi JKDB Sim-Sim Rumah Murah Lee Yuk Chau.

 ?? ?? NAIK TARAF: Kontraktor SESB sedang melakukan kerja-kerja naik taraf pemasangan tiang dan wayar baharu.
NAIK TARAF: Kontraktor SESB sedang melakukan kerja-kerja naik taraf pemasangan tiang dan wayar baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia