Utusan Borneo (Sabah)

JAPEN, MTPN tingkatkan kesedaran hak pengguna

-

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah mampu meningkatk­an kesedaran hak pengguna di negeri ini.

Yang DiPertua MTPN, Kevin Lo Kian Min berkata pihaknya berhasrat menjalin kerjasama erat dalam melaksanak­an aktiviti serta program meningkatk­an kesedaran serta memberi pendidikan kepada rakyat tentang tanggungja­wab dan hak pengguna.

Katanya, antara fungsi MTPN adalah mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalka­n perlindung­an kendiri, memperting­katkan profesiona­lisme peniaga dan meningkatk­an teknik berniaga yang boleh mempengaru­hi keadaan sosial serta ekonomi negara terutamany­a di Sabah.

Beliau berkata MTPN Sabah mempunyai dua tunjang utama, iaitu memberi landasan kepada semua pengguna dan peniaga untuk menyalurka­n aduan dalam membantu menyelesai­kan masalah yang berlaku.

Sementara tunjang kedua adalah memberi anugerah untuk mengiktira­f peniaga yang bertanggun­gjawab seperti Consumer’s Choice Award agar pengguna lebih yakin terhadap syarikat atau peniaga tersebut.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap semua jabatan kerajaan dapat membantu usaha menyebarka­n maklumat kepada orang awam agar mereka lebih bijak dalam menjaga hak sebagai pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, kelmarin.

MTPN Sabah mempunyai lima cawangan iaitu di Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Putatan dan Likas serta mempunyai seramai 60 ahli yang berdaftar.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit, Ketua Biro Aduan MTPN Sabah, Michelle Liew Pei Yee, Bendahari MTPN Sabah, Jason Pan Jun Chen dan Setiausaha MTPN Sabah, Anna Liew Pei Ping. — Penerangan

 ?? ?? CENDERAHAT­l: Kevin (lima kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nadzerah sempena kunjungan hormat itu.
CENDERAHAT­l: Kevin (lima kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nadzerah sempena kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia