Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Rakyat, ADUN Kukusan komited santuni rakyat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Parti Harapan RakyatSaba­h (HarapanRak­yat) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan terus komited dalam menyantuni rakyat di Kukusan dan kawasan sekitar daerah Tawau.

ADUN Kukusan, Rina Jainal, berkata sepanjang dua minggu bersama Harapan Rakyat, pihaknya telah menyantuni ramai pihak termasuk KRT, persatuanp­ersatuan, warga emas, orang uzur, asnaf dan ibu tunggal.

Rina yang juga Timbalan Presiden Harapan Rakyat berkata, antara golongan yang sering menjadi perhatian pihaknya juga adalah pemandu teksi, pemandu e-hailing dan ‘food rider’.

“Mereka inilah antara golongan yang keluar bekerja pada awal pagi dan pulang ke rumah lewat malam demi mencari rezeki untuk keluarga.

“Ada pelbagai masalah yang mereka hadapi termasuk terjejas pendapatan, lesen dan insurans kemalangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Sehubungan itu, Pejabat ADUN Kukusan dan Parti Harapan Rakyat meneruskan usaha menyantuni golongan ini menerusi agihan bakul makanan.

Seramai 48 daripadany­a telah diberikan kepada pemandu teksi, pemandu e-hailing dan food rider pada Khamis lalu, manakala 15 lagi akan diedarkan secara berperingk­at bermula hari ini.

Rina mengharapk­an dengan fasa peralihan ke endemik COVID-19 ini, ekonomi golongan tersebut semakin baik khususnya membabitka­n pemandu teksi.

“Pertemuan ini juga membolehka­n saya mendengar sendiri masalah mereka selain bertukar-tukar buah fikiran ke arah meningkatk­an mutu perkhidmat­an saya sebagai wakil rakyat.

“InsyaAllah, kami akan menjejaki lebih ramai pemandu teksi, pemandu ehailing dan food rider yang memerlukan bantuan untuk disantuni,” katanya.

 ?? ?? BANTUAN: Rina (kanan) ketika menyampaik­an bantuan bakul makanan tersebut.
BANTUAN: Rina (kanan) ketika menyampaik­an bantuan bakul makanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia