Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Tawau perlukan sumbangan bekalan darah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Unit Tabung Darah Hospital Tawau di sini memerlukan sumbangan orang ramai bagi mengisi bekalan darah terutamany­a jenis O yang dilihat semakin berdepan penyusutan.

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Tawau, Dr Nurulhuda Abd Kadir berkata bekalan stok darah itu menurun mendadak sejak beberapa hari lalu ekoran penggunaan tinggi oleh pesakit yang memerlukan.

“Ketika ini, tahap keperluan adalah sangat tinggi bagi kumpulan darah O berbanding kumpulan darah yang lain.

“Bagaimanap­un, individu daripada kategori jenis darah lain juga dialu-alukan tampil untuk menderma darah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Menurutnya, stok bekalan darah penting bagi membantu pesakit termasuk yang mempunyai komplikasi semasa bersalin, talasemia, kanser, buah pinggang, leukemia, kes kemalangan dan pendarahan usus.

Dalam pada itu katanya, orang ramai boleh melayari Facebook atau Instagram Tabung Darah Hospital Tawau bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan waktu operasi dan lokasi kempen derma darah.

“Sama-samalah kita membudayak­an amalan menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia