Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa digesa beri kerjasama kepada guru

-

KOTA BELUD: Ibu bapa digesa supaya terus memberi kerjasama termampu kepada guru, demi memperkasa­kan pendidikan anak-anak selain memartabat­kan sekolah sebagai pusat ilmu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Pintasan, Fairuz Renddan, berkata dalam hal itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menjadi pemangkin kecemerlan­gan sekiranya semua ibu bapa dan guru menjadikan­nya sebagai wadah membincang­kan kemajuan pendidikan sesebuah sekolah.

“Di mana pun di seluruh pelosok dunia ini, sekolahlah yang menjadi pencetus kegemilang­an pendidikan, berfungsi melahirkan insan cemerlang yang akhirnya menjadi pemimpin negara pada masa hadapan,” katanya.

Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tamau sesi 2022/23 di Dewan SK Tamau, pada Sabtu.

Turut hadir YDP PIBG SK Tamau Sesi 2021/22, Japlin Asrakal; Pegawai UPPM Pintasan, Husaimi Maslin dan Penolong Kanan 1 SK Tamau, Muntin Santaim.

Fairuz berkata demi memartabat­kan SK Tamau sebagai peneraju kecemerlan­gan pendidikan daerah ini, beliau akan berusaha membawa Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin untuk melawat SK Tamau, selepas menteri itu merasmikan tiga bangunan sekolah baru di N8 Pintasan, iaitu SK Ulu Kukut, SK Saran dan SK Dudar dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumka­n juga bahawa dewan ini dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di ini, jadi kita berharap dengan kehadiran Dr Radzi, akan ada usaha menambah baik keadaan dewan ini, seterusnya kawasan sekolah ini juga,” jelasnya.

Terdahulu, Japlin menggesa agar ibu bapa sentiasa bersikap istiqamah dalam meraikan pencapaian anakanak mereka dalam peperiksaa­n di sekolah.

“Pangkat A dalam SPM tidak menjamin masa depan seorang individu, dan pangkat tercorot bukan bererti kegagalan mereka sepanjang masa. Ketahuilah bahawa usaha terus menerus dalam pelajaran adalah tunjang utama kejayaan,” tegasnya.

Dalam mesyuarat berkenaan, semua AJK PIBG SK Tamau sesi 2021/22 dilantik semula untuk meneruskan khidmat pada sesi 2022/23.

YDP PIBG disandang oleh Japlin Asrakal, Admin Hj Yusof (Tim YDP), Sidin @ Masdin Saibin (AJK), Mabulmaddi­n Shaiddin (AJK), Abd Latiff Ekong (AJK), Mohd Azlan Parsat (AJK) dan Abd Madin Hj Yusof (AJK).

 ?? ?? BERGAMBAR: Fairuz Renddan bergambar bersama dengan AJK PIBG dan guru SK Tamau
BERGAMBAR: Fairuz Renddan bergambar bersama dengan AJK PIBG dan guru SK Tamau
 ?? ?? CENDERAHAT­I: Fairuz menerima cenderahat­i daripada Japlin, sambil disaksikan oleh Admin Yusof.
CENDERAHAT­I: Fairuz menerima cenderahat­i daripada Japlin, sambil disaksikan oleh Admin Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia