Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe dikritik, terkilan tidak diendahkan

Berkaitan isu penganiaya­an perkauman terhadap beliau setelah gagal menyempurn­akan penalti

-

PARIS: Pemain bola sepak antarabang­sa Perancis, Kylian Mbappe pada Ahad menuduh presiden Persekutua­n Bola Sepak Perancis (FFF) tidak mengendahk­an penganiaya­an perkauman selepas dia gagal menyempurn­akan penalti pada kejohanan tertangguh Euro 2020 tahun lepas.

Penyerang bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu melihat penalti penentuan ketika menentang Switzerlan­d pada perlawanan pusingan kedua berjaya ditepis, menyebabka­n juara dunia itu tersingkir dari kejohanan.

Pemain berusia 23 tahun itu ‘diserang’ dalam media sosial oleh peminat yang marah dan malah menimbangk­an untuk bersara dari skuad kebangsaan kerana kritikan keterlalua­n itu.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada Ahad, presiden FFF, Noel

Le Graet bercakap tentang kekurangan­sokongan dirasai Mbappe selepas Perancis tersingkir­dari Euro,

“Ya, akhirnya saya menjelaska­n kepadanya (Le Graet) tentang perkara utama berkaitan perkauman, dan bukan ” tentang penalti.

Kylian Mbappe Penyerang Paris Saint Germain

tetapi gagal menyebut penganiaya­an perkauman yang dia terima, menyebabka­n Mbappe berasa terkilan.

Le Graet berkata “dia (Mbappe) menganggap bahawa persekutua­n tidak mempertaha­nkannya selepas gagal menyempurn­akan penalti dan kritikan diterima dari media sosial”.

“Kita berjumpa selama lima minit di pejabat saya,” sambung Le Graet, sambil menambah penyerang “tidak lagi mahu bermain bersama pasukan Perancis — sesuatu yang sememangny­a dia putuskan tanpa berfikir panjang”.

Pada Ahad, Mbappe memberi respons menerusi ciapan di Twitter, kesan kerana Le Graet tidak mengambil endah

tentang “isu perkauman” di mana dia adalah mangsa.

“Ya, akhirnya saya menjelaska­n kepadanya (Le Graet) tentang perkara utama berkaitan perkauman, dan bukan tentang penalti,” kata Mbappe.

“Tetapi dia menganggap bahawa tiada sebarang isu perkauman.”

Le Garet kemudian memberitah­u radio Perancis bahawa ‘tiada masalah’ di antara beliau dan Mbappe.

“Saya bersetuju dengannya. Saya faham segalagala­nya dan tiada masalah dengan Kylian. Saya sentiasa mempunyai pertalian rapat dengannya.”

Le Graet ada bercakap pada tahun lepas tentang bagaimana Mbappe “menerima kesan” selepas gagal menyempurn­akan penalti.

“Dia datang ke pejabat (FFF). Dia berasa tersentak. Penyingkir­an pasukan memberi kesan kepadanya, terutama sekali dari artikel berita dan komen,” kata Le Graet. “Peranan saya ialah untuk menunjukka­n kasih sayang,

memberitah­unya bahawa persekutua­n menyokongn­ya untuk bangkit semula. Ia bukan satu kekalahan yang boleh mengubah kariernya.”

Dan untuk cemuhan perkauman, “mungkin ia memberi kesan kepadanya,” sambung Le Graet, “tetapi ia diselesaik­an dengan sangat cepat. Buktinya: dia sangat kompetetif di peringkat tertinggi.

Le Graet sudah dikritik pada bulan September tahun lepas apabila mengisytih­arkan bahawa perkauman dalam bola sepak “tidak wujud atau sukar kelihatan”.

Beberapa bulan sebelum itu pejabat pendakwa raya Paris mengumumka­n ia menyiasat pesanan perkauman ke atas beberapa pemain antarabang­sa Perancis selepas Euro 2020.

Pada Sabtu, badan induk bola sepak dunia (FIFA) mengeluark­an satu laporan menjelaska­n peningkata­n jumlah cemuhan terhadap pemain bola sepak dalam media sosial.

Menurut kajian, 38 peratus daripada cemuhan berbau perkauman.

FIFA berkata dengan Piala Dunia 2022 di Qatar hanya kurang lima bulan lagi, mereka akan bekerja dengan kesatuan pemain antarabang­sa (FIFPRO) untuk melaksanak­an satu pelan tentang bagaimana untuk melindungi pemain dari cemuhan dalam media sosial.

Ia akan melibatkan pengesanan terma kata-kata kebencian yang biasa dikenali untuk mengetahui pemilik akaun media sosial dan sebaik sahaja dikesan, menutup ruang komen agar tidak dapat dilihat oleh penerima pesanan dan pengikutny­a.

Perbalahan di antara Le Graet dan Mbappe adalah susulan dari satu tempoh tidak bersetuju dengan hak imej pemain dalam skuad kebangsaan Perancis.

Mbappe dan penasihatn­ya akan menyemak semula dan memodenkan pihak yang menguruska­n hak imej untuk skuad kebangsaan.

Pada Perhimpuna­n Agung FFF minggu lepas, Le Graet menegaskan tiada “sebarang perubahan, sekurang-kurangnya sehingga Piala Dunia akan datang”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HADIR: Le Graet (tengah) menghadiri perhimpuna­n umum tahunan Persatuan Bola Sepak Perancis di Nice, Perancis, baru-baru ini.
— Gambar AFP HADIR: Le Graet (tengah) menghadiri perhimpuna­n umum tahunan Persatuan Bola Sepak Perancis di Nice, Perancis, baru-baru ini.
 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia