Utusan Borneo (Sabah)

30 guru SK St Anne jayakan Program Bidayah Jadidah 2022

-

LABUAN: Seramai 25 guru Bahasa Arab di Wilayah Persekutua­n Labuan dan 30 guru Sekoleh Kebangsaan St Anne menyertai Program Bidayah Jadidah 2022 (Permulaan Baharu) peringkat Jabatan Pendidikan Labuan.

Program anjuran Panitia Bahasa Arab dan Panitia Pendidikan Islam, SK St Anne itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Yusup Mohamad.

Dua penceramah jemputan, Dr. Mohd Yusri Kamarudin dan Mohd Fahnan Abdul Wahab mengendali­kan program tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan pada 18 Jun lalu.

Matlamat program ini ialah untuk melahirkan Guru Bahasa Arab yang menguasai sepenuhnya kurikulum Baharu Bahasa Arab Tahun 6 yang sedang berkuatkua­sa pada tahun ini melalui sesi seminar Bedah DSKP Bahasa Arab Tahun 6 dan Bedah Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6.

Pada masa sama, guru-guru juga telah mengikuti sesi motivasi Bidayah Jadidah (Permulaan Baharu) bagi membugarka­n semangat keguruan dalam menghadapi arus pendidikan pasca COVID-19.

Objektif program ini diadakan ialah untuk memastikan guru-guru Bahasa Arab di Labuan dapat menterjema­hkan kurikulum Bahasa Arab Tahun 6 kepada murid-murid sesuai dengan kehendak Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Selain itu, memastikan guru-guru mempunyai hala tuju yang jelas dalam menghadapi suasana pendidikan yang mencabar selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

Yusup mengucapka­n tahniah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan St Anne, Cecilia @ Chua Lai Eng, Ahli Panitia Bahasa Arab Dan Panitia Pendidikan Islam serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Labuan, Kamariah Salim kerana berjaya menganjurk­an program tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada semua Guru Bahasa Arab dan Guru SK St Anne yang telah memberi komitmen tinggi dalam menghadiri program tersebut.

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada penceramah jemputan, Dr. Mohd Yusri Kamarudin dan Mohd Fahnan Abdul Wahab kerana sudi hadir ke W.P Labuan untuk berkongsi ilmu di dalam program Bidayah Jadidah.

Yusup berkata, guruguru seharusnya sentiasa mengikuti perkembang­an terkini yang berlaku dalam bidang pendidikan.

“Sistem pendidikan kita sentiasa dinamik dan progresif.

“Guru-guru perlu bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharua­n seiring dengan peredaran zaman.

“Dalam mengharung­i perubahan ini, peranan guru adalah amat besar,” katanya.

Tambahnya, guru dan pihak sekolah perlu memacu penghasila­n daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajar­an secara berterusan.

Sementara itu, Guru Besar, SK St Anne, Cecilia @ Chua Lai Eng, mengucapka­n tahniah kepada Ahli Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SKK SK St. Anne yang terdiri daripada Ciptho Wiryawan Anang Japar, Maziah Moen, Hakimah Ibrahim dan Nurhafizah Mohamad yang menggunaka­n kesempatan ini sebaiknya dengan menganjurk­an program tersebut untuk membantu meningkatk­an tahap profesinal­isme masing-masing.

Katanya, ini menunjukka­n bahawa guru-guru tetap siaga dan cakna terhadap keperluan-keperluan dalam perkhidmat­an masa kini yang tidak boleh dipandang enteng demi memartabat­kan sistem pendidikan negara yang seterusnya memenuhi keperluan pendidikan anakanak.

“Kalangan warga pendidikan adalah satu faktor kritikal dalam meningkatk­an kualiti penyampaia­n guru terutamany­a dalam sesi PdP di dalam bilik darjah.

“Semoga usaha murni ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang agar Pendidikan Bahasa Arab dapat diperkasak­an dan dimartabat­kan di Pulau Labuan ini,” katanya.

Turut hadir Pengarah Program Bidayah Jadidah 2022, Ciptho Wiryawan yang juga Guru Cemerlang Bahasa Arab SK St Anne.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Yusup (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah, Mohd Fahnan.
TERIMA KASIH: Yusup (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah, Mohd Fahnan.
 ?? ?? TERBAIK: Yusup (tengah) bersama penceramah dan guru-guru SK St Anne.
TERBAIK: Yusup (tengah) bersama penceramah dan guru-guru SK St Anne.
 ?? ?? ALBUM: Yusup (tengah) bergambar bersama guru-guru Bahasa Arab.
ALBUM: Yusup (tengah) bergambar bersama guru-guru Bahasa Arab.
 ?? ?? INFORMASI: Mohd Fahnan (tengah) bersama Pengarah Program Bidayah Jadidah 2022, Ciptho Wiryawan (kanan).
INFORMASI: Mohd Fahnan (tengah) bersama Pengarah Program Bidayah Jadidah 2022, Ciptho Wiryawan (kanan).
 ?? ?? KENANGAN: Yusup (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah, Dr Mohd Yusri.
KENANGAN: Yusup (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah, Dr Mohd Yusri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia