Utusan Borneo (Sabah)

164 pesakit COVID19 masih menerima rawatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seramai 164 pesakit COVID-19 masih menerima rawatan sementara 72 orang telah sembuh pada 20 Jun 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dua orang pesakit pula memerlukan rawatan rapi dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 19 Jun 2022 adalah seramai 2,607,016 orang.

“Jumlah itu meliputi 2,137,973 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,500,077 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,094,449 orang adalah penduduk dewasa.

Katanya, seramai 336,122 orang penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 320,658 orang.

“Bagi penduduk kanakkanak pula, seramai 132,921 orang telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 84,970 orang sahaja,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia