Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Thailand perlu perbaharui perjanjian dua hala untuk kukuhkan kerjasama: Annuar

-

BANGKOK: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyeru Malaysia dan Thailand memperbaha­rui perjanjian dua hala demi mengukuhka­n lagi kerjasama dalam bidang telekomuni­kasi, penyiaran dan industri kreatif.

“Saya berharap satu perjanjian akan ditandatan­gani sebelum mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) (pada November) bagi meningkatk­an kerjasama dua hala,” katanya kepada Bernama.

Annuar dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok sejak Jumaat lalu berkata meskipun ia adalah lawatan yang singkat, beliau berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya gembira, banyak perkara dapat dipelajari ketika lawatan itu, termasuk menjalin hubungan di peringkat pegawai, kementeria­n dan negara,” kata Annuar yang pulang ke tanah air pada Selasa.

Pada Isnin, beliau melawat Suruhanjay­a Penyiaran dan Telekomuni­kasi Kebangsaan (NBTC) dan Perkhidmat­an Penyiaran Kebangsaan Thailand (NBT) bagi berkongsi pengalaman dengan Thailand dalam menangani berita palsu.

Turut hadir Pengerusi Sementara Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Annuar turut bertemu Pengerusi NBTC Dr Sarana Boonbaicha­iyapruck dan Ketua Pengarah Jabatan Perhubunga­n Awam (PRD) Lt Jen Sansern Kaewkamner­d sambil membincang­kan pelbagai isu dan usaha menangani berita palsu.

NBTC bertanggun­gjawab menyelia semua perkhidmat­an penyiaran dan telekomuni­kasi di Thailand melalui penggubala­n pelan induk aktiviti penyiaran serta menetapkan kriteria dan kategori perkhidmat­an penyiaran dan telekomuni­kasi, di samping mengeluark­an lesen kepada operator penyiaran dan telekomuni­kasi.

NBT, sayap penyiaran PRD yang mengendali­kan perkhidmat­an media komprehens­if terdiri daripada radio, rangkaian televisyen.

Sementara itu, Annuar berkata kemahiran literasi media dapat membantu Malaysia kekal di hadapan dalam memerangi berita palsu.

Tahap literasi media yang baik akan membangunk­an daya tahan lebih kuat dalam kalangan masyarakat, terutamany­a melibatkan golongan pelajar dalam usaha mengekang berita yang tidak sahih di platform media sosial.

“Berita palsu adalah seperti virus… sukar untuk dihapuskan. Kaedah terbaik adalah membina antibodi untuk melawan virus. Jadi, bagi kerajaan, kita kena pastikan rakyat mempunyai kapasiti mengesan maklumat yang salah dan pada masa yang sama menggalakk­an rakyat menyebarka­n maklumat yang betul.

“Kita perlu mendidik rakyat dan masyarakat serta bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membendung penyebaran berita palsu,” katanya.

Beliau menambah bahawa memerangi maklumat salah bukan tanggungja­wab kerajaan atau SKMM.

“Kita tidak seharusnya hanya bergantung kepada rangka kerja undang-undang sahaja. Ada cara dan kaedah lain,” katanya.

Annuar berkata Thailand sangat aktif memerangi berita palsu termasuk menyediaka­n latihan, menganjurk­an program dan mewujudkan kesedaran serta menjalanka­n tinjauan dan penyelidik­an.

“Ada perkara menarik yang dilaksanak­an di Thailand, masih belum kita lakukan. Olehitu,sayamemint­aSKMM untuk membuat tindakan susulan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Annuar (kiri )menerima cenderahat­i dari Pengerusi NBTC Prof Dr Sarana Boonbaicha­iyapruck ketika membuat lawatan ke National Broadcasti­ng and Telecommun­ication (NBTC) sempena lawatan kerja beliau di Bangkok, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Annuar (kiri )menerima cenderahat­i dari Pengerusi NBTC Prof Dr Sarana Boonbaicha­iyapruck ketika membuat lawatan ke National Broadcasti­ng and Telecommun­ication (NBTC) sempena lawatan kerja beliau di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia