Utusan Borneo (Sabah)

Saifuddin hadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Rwanda

-

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.

Kementeria­n Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n tema CHOGM tahun ini adalah ‘Delivering A Common Future: Connecting, Innovating, Transformi­ng’.

“Tema ini dilihat relevan dengan keadaan semasa di mana komuniti global sedang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 yang telah mengakibat­kan jurang perbezaan ketara daripada segi pengagihan kekayaan, akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan pembanguna­n sosioekono­mi.

“Ketua-ketua Kerajaan Komanwel akan berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai cabaran semasa yang akan menjejaska­n keluarga Komanwel ke arah mencapai pembanguna­n mampan dan inklusif,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut memaklumka­n bahawa Ketua-Ketua Kerajaan juga akan membincang­kan perkembang­an politik dan ekonomi global semasa, serta isu berkaitan tadbir urus kerajaan dan kedaulatan undang-undang, pembanguna­n mampan, pemulihan pasca COVID19, belia, serta teknologi dan inovasi.

Satu kenyataan CHOGM 2022 serta tiga dokumen hasil – Deklarasi Kigali mengenai Reformasi Penjagaan dan Perlindung­an Kanakkanak; Commonweal­th Living Lands Charter: A Commonweal­th

Call to Action on Living Lands (CALL); dan Deklarasi Perbandara­n Lestari dijangka akan diperakui pada penghujung Sidang Kemuncak.

Saifuddin juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatann­ya di luar CHOGM ke-26 untuk membincang­kan isuisu kepentinga­n bersama.

Beliau juga akan bertemu dengan Keluarga Malaysia yang menetap di Rwanda, kata Wisma Putra.

Mesyuarat CHOGM ke26 merupakan acara dwitahunan, yang sepatutnya diadakan pada 26 hingga 27 Jun 2020, tetapi telah ditunda sebanyak dua kali akibat penularan COVID19. — Bernama

 ?? ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia