Utusan Borneo (Sabah)

Fi permit makanan ternakan ditangguhk­an bermula semalam

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengumumka­n penangguha­n kutipan fi permit untuk empat komoditi makanan ternakan -- jagung, soya, gandum dan makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan -- bermula semalam bagi memudah cara pengimport­an komoditi tersebut.

Kadar fi import yang dikenakan sebelum ini bagi jagung, gandum dan soya adalah RM15 bagi setiap permohonan permit manakala bagi permit makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan adalah RM20 setiap permohonan.

MAFI dalam satu kenyataan semalam berkata kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan telah dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat di pasaran tempatan.

“Sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan diimport dari luar negara.

“Penangguha­n fi permit bagi pengimport­an komoditi tersebut dapat membantu mengurangk­an kos logistik dalam usaha menstabilk­an harga makanan ternakan dalam negara,” kata MAFI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia