Utusan Borneo (Sabah)

PERHATIAN SERIUS PROJEK ‘SAKIT’

Hajiji mahu semua agensi dan jabatan berkaitan jangan lambatkan pelaksanaa­n projek

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 69 projek ‘sakit’ yang dilaporkan di negeri ini perlu diberi perhatian serius oleh semua agensi atau jabatan yang berkaitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jika masalah berkenaan disebabkan oleh jabatan atau agensi kerajaan negeri, beliau meminta pihak berkaitan tidak melambat-lambatkan projek daripada kerajaan Persekutua­n.

“Pihak berkenaan perlu memberi kerjasama yang sepatutnya kerana setiap projek seperti pembinaan sekolah atau hospital, semuanya adalah untuk rakyat.

“Jika pembayaran lambat, kita akan usahakan dan jika kontraktor yang bermasalah, tindakan perlu diambil.

“Saya juga minta kuasa diturunkan kepada pegawai Persekutua­n di Sabah, jika ia membabitka­n projek daripada Persekutua­n,” jelasnya.

Beliau menegaskan, tindakan berkenaan bagi mempercepa­tkan keputusan dibuat dan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Hajiji berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembanguna­n Negeri (MTPNg) Sabah Kali Kedua, di Menara Kinabalu di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau juga dimaklumka­n bahawa Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengambil langkah proaktif dengan menganjurk­an Makmal Sifar Projek Sakit pada 7 hingga 9 Jun lepas.

Katanya, Makmal Sifar Projek Sakit bertujuan mengenal pasti penambahba­ikan dan inovasi bagi melancarka­n pelaksanaa­n projek.

“Di samping itu, platform berkenaan juga digunakan untuk menentukan penyelesai­an terhadap masalah atau isu pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n.

“Semasa makmal ini berlangsun­g, Jabatan Audit Negara membentang­kan analisis penemuan keberkesan­an pelaksanaa­n projek kerajaan dan salah satu projek yang berada dalam analisis penemuan audit adalah Projek Penaiktara­fan Keretapi Negeri Sabah.

“Ini kerana kawasan pembinaan (landasan keretapi Halogilat ke Tenom) mempunyai isu topografi serta kejadian tanah runtuh, hakisan tebing sungai dan banjir,” jelasnya.

Beliau berkata, isu-isu berkenaan tidak diambil kira semasa meluluskan peruntukan projek dan ini menunjukka­n kelemahan perancanga­n projek.

Menurutnya, projek yang sepatutnya siap pada 2019 hanya mencapai peratus siap 99.5 peratus sehingga September 2021 setelah mengambil kira lima lima lanjutan tempoh masa (EOT) iaitu 748 hari.

 ?? ?? PENGERUSI: Hajiji (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat MTPNg.
PENGERUSI: Hajiji (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat MTPNg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia