Utusan Borneo (Sabah)

KYS teruskan agenda pemerkasaa­n pendidikan

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) meneruskan agenda pemerkasaa­n pendidikan, dengan menawarkan peluang permohonan tajaan biasiswa dan pinjaman pengajian tinggi Siri 2 untuk tahun 2022.

Permohonan yang mula dibuka sejak 17 Jun itu adalah seiring dengan komitmen KYS yang memberi penekanan kepada pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar, sehubungan itu mempelawa pemohon berkelayak­an untuk mengikuti pengajian di peringkat sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian tahun 2022.

Katanya, terdapat tiga jenis tajaan ditawarkan, iaitu Biasiswa, Dermasiswa dan Pinjaman Pengajian Tinggi.

Biasiswa ditawarkan ialah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS), Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB), Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Ulum Islamiah, Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah), Biasiswa Kejurutera­an (Kejurutera­an Mekatronik, Kejurutera­an Automotif dan Kejurutera­an Perniagaan, Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Biasiswa IPTA/IPTS dan Biasiswa Pelanconga­n/Perhotelan.

Manakala tajaan dermasiswa melibatkan dermasiswa YSCT/ Politeknik/UiTM dan Dermasiswa Kolej Profesiona­l Baitulmal, Kuala Lumpur (KPBKL).

Tajaan pinjaman pengajian tinggi pula ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus tidak tersenarai dalam kursus dermasiswa dan biasiswa.

Pemohon boleh mengemukak­an permohonan dalam talian melalui lawan web rasmi Kumpulan Yayasan Sabah, “http://www. yayasansab­ahgroup.org.my”

Tarikh tutup permohonan bagi BCNS dan BCPLB ialah pada 30 Jun 2022 manakala tajaan lain pada 22 Julai 2022.

 ?? ?? GHULAM
GHULAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia