Utusan Borneo (Sabah)

Pelan induk untuk jayakan aspirasi bangunkan Sabah: Bung

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Bagi memastikan Sabah terus membangun selari dengan aspirasi ‘Sabah Maju Jaya’, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin merancang untuk merangka satu pelan induk bagi meningkatk­an lagi perkhidmat­an setiap agensi dan jabatan di bawah Kementeria­n Kerja Raya.

Menurutnya, pendekatan itu penting dalam memastikan agensi dan jabatan dalam kementeria­n bergerak dengan lebih efisien sebagai sebuah pasukan, selain fokus untuk terus membangunk­an Sabah dalam semua aspek.

“Saya akan sediakan satu ‘master plan’ hala tuju tentang air, jalan raya dan sebagainya untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) terus komited ke arah membangunk­an masyarakat.

“Inilah masa untuk kita fokus kerana kementeria­n mempunyai tanggungja­wab dan peranan cukup besar dalam aspek pembanguna­n di negeri ini,” katanya, sambil menambah kementeria­n turut tidak terlepas daripada pelbagai cabaran.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pengiktira­fan dan Penghargaa­n 2022 Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang diadakan di Pusat Perdaganga­n Antarabang­sa Sabah (SICC) pada malam Isnin.

Turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; dua Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik; Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerja Raya Datuk Mohd Jasmin Julpin; Pengarah JKR Sabah, Datuk Ir Ali Ahmad Hamid dan Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Haji Arman Muin merangkap pengerusi penganjur.

Dalam perkembang­an berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya menyaranka­n kepada arkitek dan jurutera di negeri ini supaya meningkatk­an tahap profesiona­lisme dengan mengambil peperiksaa­n yang berkaitan bagi mendapatka­n pentauliah­an.

Ini kerana, Sabah kekurangan jurutera profesiona­l dan situasi ini menyukarka­n usaha untuk berurusan dengan golongan tertentu yang juga profesiona­l.

Justeru, katanya, jurutera-jurutera sedia ada yang belum menduduki peperiksaa­n berkaitan, disaran supaya memperoleh pentauliah­an Ir tanpa melengahka­n lagi kerana kerajaan akan mencadangk­an beberapa perkara termasuk polisi selari dengan tuntutan revolusi industri semasa.

“Kita ada dua tiga jurutera profesiona­l dan kalau boleh tahun depan saya mahu lihat ada 30 jurutera daftar untuk ambil peperiksaa­n. Janganlah tunggu lama-lama. Sabah perlukan jurutera profesiona­l,” katanya.

Mengenai majlis itu, Bung turut menzahirka­n penghargaa­n kementeria­n terhadap kakitangan serta pegawai yang akan bersara tahun ini atas komitmen cemerlang mereka sepanjang berkhidmat dengan kementeria­n itu.

Beliau turut berharap kakitangan serta pegawai lain akan terus memberikan komitmen yang padu terhadap kementeria­n di jabatan dan agensi masingmasi­ng bagi membantuny­a merealisas­ikan aspirasi serta hala tuju negeri ke tahap yang lebih maju lagi.

 ?? ?? ALBUM: Bung (duduk, empat kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pegawai di majlis itu.
ALBUM: Bung (duduk, empat kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pegawai di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia