Utusan Borneo (Sabah)

JKNS siasat kes kematian bayi baharu lahir

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalanka­n siasatan terperinci membabitka­n kes kematian seorang bayi baharu lahir (stillbirth) di Hospital Wanita dan KanakKanak (HWKK) Likas, di sini.

Kejadian terbabit tular di media sosial sejak kelmarin, selepas salah seorang ahli keluarga memuat naik isu membabitka­n bayi adiknya yang meninggal dunia di hospital terbabit.

Tindakan mendedahka­n kejadian itu juga didakwa bagi mendapatka­n keadilan untuk adiknya.

Peka dengan kes itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, tampil memberikan maklum balas dan pihaknya mengucapka­n takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

“Pihak JKNS mengesahka­n insiden tersebut berlaku di HWKK pada 19 Jun lalu dan ketika ini siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan oleh pihak jabatan ini.

“Adalah dimaklumka­n bahawa ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalanka­n siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmat­annya.

 ?? ?? ROSE NANI
ROSE NANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia