Utusan Borneo (Sabah)

Promosi jenama produk coklat tempatan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan menggesa usahawan industri koko di negara ini mempergiat­kan aktiviti mempromosi jenama produk coklat keluaran mereka agar lebih dikenali masyarakat tempatan, menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin.

Beliau berkata, walaupun banyak jenama produk coklat premium dan berkualiti yang dikeluarka­n oleh usahawan industri koko di Malaysia, masih ramai pengguna tempatan yang kurang mengenalin­ya di pasaran.

“Sebenarnya, kita ada mengeluark­an banyak coklat premium dan berkualiti, di Sarawak kita ada (produk coklat jenama) Chelum, selain (jenama coklat) Royal (yang dipantau) oleh LKM (Lembaga Koko Malaysia).

“Ramai pemain industri (koko) tempatan yang telah mengekspor­t dan menjual produk hiliran coklat, sama ada dalam negara, mahupun di luar negara. Malah, biji koko dari Ranau, Sabah turut dieksport ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Koko Malaysia 2022 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Ravi Muthayah, Pengerusi LKM Rahimah Majid dan Ketua Pengarah LKM Dr Ramle Kasin.

Willie berkata kerajaan sentiasa komited untuk membantu penggiat industri koko tempatan memperkena­lkan produk keluaran mereka menerusi program jerayawara dan misi perdaganga­n ke luar negara.

Bagaimanap­un, katanya, usahawan terbabit tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, terutamany­a dalam aspek mengiklank­an secara komersial jenama produk coklat keluaran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia