Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki didenda RM10,000, penjara 30 hari

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Tiga lelaki masing-masing didenda sebanyak RM10,000 dan penjara 30 hari oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Donyeper Motogor, 42, Jasintar Lewo, 38, dan Ahmad Raihan Tamring, 25, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Chong Thien Vun, sekitar jam 1.40 hingga 1.58pagi, 17 Jun lalu.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah ketiga-tiga tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Sementara itu, Ahmad

Raihan turut dituduh mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu yang membawa hukuman denda RM400, gagal bayar penjara 14 hari.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Joan Lee dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman yang tinggi selepas mengambil kira kepentinga­n awam dan mencegah daripada berlakunya kemalangan jalan raya akibat pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes mabuk di Tawau juga semakin meningkat, oleh itu hukuman penjara dapat memberi kesedaran serta peringatan kepada tertuduh dan pemandu lain.

Amir Shah kemudianny­a menjatuhka­n hukuman denda sebanyak RM10,000 dan penjara 30 hari terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandunya digantung dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia