Utusan Borneo (Sabah)

Dialog pemimpin Mukim Kundasang bincang isu berkaitan jabatan kerajaan

-

RANAU: Satu dialog pemimpin Mukim Kundasang telah diadakan bersama ketuaketua jabatan kerajaan daerah Ranau di Dewan Kampung Semuruh, Kundasang, dekat sini, kelmarin.

Antara yang terlibat ialah Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Jabatan Air, Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengangkut­an Jalan raya, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), Jabatan Bomba, Jawatan Kuasa dalam Bandar (JKDB) dan syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd dan Pembinaan Kekal Mewah (PKM).

Majlis tersebut dipengerus­ikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Sesi dialog diadakan bagi membincang­kan isu-isu yang berkaitan dengan setiap jabatan di daerah Ranau khususnya Mukim Kundasang.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin; Pegawai Daerah Ranau; Jumain Abdul Ghani; Timbalan Ahli majlis Daerah Ranau, Japiril Suhaimin; Ketuaketua Jabatan, Pengerusip­engerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Anak Negeri (KAN, Ketua Kampung (KK), kakitangan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kundasang dan Pejabat Perhubunga­n Parlimen Ranau.

 ?? ?? ALBUM: Dr. Joachim (lima kanan) bersama Jonathan (enam kiri) bergambar kenangan bersama dengan Ketua-ketua Jabatan yang hadir dalam Majlis Dialog, kelmarin.
ALBUM: Dr. Joachim (lima kanan) bersama Jonathan (enam kiri) bergambar kenangan bersama dengan Ketua-ketua Jabatan yang hadir dalam Majlis Dialog, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia