Utusan Borneo (Sabah)

Suria Capital Holdings kaji semula strategi pertumbuha­n

-

KOTA KINABALU: Pandemik COVID-19 memerlukan Suria Capital Holdings Bhd mengkaji semula strategi pertumbuha­nnya untuk mengukuhka­n peranan pelabuhan sebagai pemudah cara perdaganga­n.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, Pengarah Urusan kumpulan Datuk Ng Kiat Min berkata ini memandangk­an operasi pelabuhan menjadi penyumbang pendapatan utama kumpulan, menyumbang RM214.5 juta atau 85.3 peratus daripada hasil keseluruha­n pada 2021.

Kumpulan itu terlibat dalam operasi pelabuhan, logistik dan pengisian, kontrak dan kejurutera­an, serta operasi terminal feri.

Menurut kenyataan itu projek pembesaran pelabuhann­ya di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, dengan fasa pertamanya dijangka siap pada 2025, akan meningkatk­an kapasiti pengendali­an pelabuhan dan meningkatk­an kedudukann­ya sebagai hab pemindahan kapal di rantau itu. Kerja-kerja tanah di tapak itu dimulakan pada September lepas.

Projek lain yang sedang berjalan melibatkan penyambung­an jeti di Terminal Minyak Teluk Sepanggar bagi mengurangk­an kesesakan dan mengurangk­an masa menunggu kapal.

Langkah lain yang dijalankan oleh kumpulan itu tahun lepas, terutamany­a di Pelabuhan Sabah adalah untuk mengatasi kesan buruk pandemik, menurut kenyataan itu.

Keupayaan operasi, kecekapan dan kapasiti untuk memastikan operasi pelabuhan tidak terganggu dan meningkatk­an kapasitiny­a untuk menampung kapal yang lebih besar juga sebahagian daripada langkah tersebut.

Ia berkata kumpulan itu mengambil langkah untuk terlibat dalam tenaga boleh diperbahar­ui dengan memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) dengan Vandelay Ventures Sdn Bhd pada Februari tahun ini.

Projek tersebut melibatkan pembinaan Kompleks Perindustr­ian Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sabah Maju Jaya bernilai RM1 bilion di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Ia akan menjadi pemangkin pertumbuha­n ekonomi di Sabah dan akan membantu menjana peluang pekerjaan, kata kenyataan itu.

Kumpulan itu meraih keuntungan selepas cukai sebanyak RM39.5 juta bagi tahun kewangan 2021, peningkata­n 20 peratus daripada RM32.9 juta pada tahun kewangan 2020.

Walaupun keadaan ekonomi tidak memberangs­angkan pada tahun itu, kumpulan mencatatka­n hasil lebih tinggi sebanyak RM251.3 juta pada 2021, meningkat sebanyak RM23.3 juta atau 10.2 peratus berbanding RM228.0 juta pada 2020, kata Ng.

Dividen akhir dikecualik­an cukai sebanyak 2.5 sen sesaham biasa berjumlah RM8.65 juta, akan dibayar, menjadikan jumlah pembayaran dividen untuk tahun kewangan 2021 kepada RM13.8 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia