Utusan Borneo (Sabah)

FGV, Project Liber8 bekerjasam­a tingkatkan kesedaran pemerdagan­gan kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) dan badan bukan kerajaan (NGO) Project Liber8 menganjurk­an bengkel untuk menggalakk­an kesedaran dan pemahaman mengenai isu pemerdagan­gan dan buruh kanak-kanak dalam kalangan kanak-kanak, sempena Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia.

Dalam satu kenyataan semalam, FGV memaklumka­n bengkel itu disertai kira-kira 117 pelajar dan guru dari sekolah kebangsaan di Lahad Datu, Pusat Pembelajar­an Komuniti (CLC) FGV dan 15 kakitangan daripada FGV.

“Menyedari kepentinga­n kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai pemerdagan­gankanak-kanak, FGV telah memperakuk­an penggunaan Modul Advoc8 mengenai Pemerdagan­gan

Kanak-Kanak dibangunka­n oleh Project Liber8 yang akan dilaksanak­an di seluruh CLC FGV.

“FGV dan Project Liber8 menekankan komitmen berterusan mereka untuk memainkan peranan bermakna dalam memupuk kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dan menyumbang kepada penghapusa­n buruh kanakkanak,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Sektor Perladanga­n Kumpulan FGV Mohd Sarian Md Sahid berkata syarikat itu menghormat­i hak kanak-kanak dan komited untuk menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk menghapusk­an buruh kanak-kanak.

 ?? ?? Kawasan perumahan South Ville Apartments Bandar Sri Indah.
Kawasan perumahan South Ville Apartments Bandar Sri Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia