Utusan Borneo (Sabah)

Hap Seng adakan pameran perumahan Sabah pada 25-26 Jun ini

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd akan mengadakan Pameran Perumahan Sabah pada 25 hingga 26 Jun akan datang di tingkat empat, Tawau Fajar Club, di sini.

Hap Seng akan mempamerka­n banyak jenis kediaman daripada projek perumahan di Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu sempena majlis tersebut.

Untuk daerah Tawau di Bandar Sri Indah iaitu Fasa 5G Rumah Berkembar Satu Tingkat, Fasa 5H dan 5I Rumah Teres Dua Tingkat, Fasa 2C Banglo, South Ville Apartments serta di Ria Heights Fasa 2A

Rumah Teres Satu Tingkat.

Pembelian rumah di Tawau berpeluang memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Perodua Ativa yang bernilai sehingga RM65,000 dan pemberian baucar barang kelengkapa­n rumah yang bernilai 5 peratus daripada harga belian.

Kota Kinabalu pula, perumahan di Kingfisher Inanam Condominiu­m dan Kingfisher Putatan Condominiu­m.

Pembeli rumah di Kota Kinabalu pada bulan lima dan enam akan mendapat baucar LAZO Diamond yang bernilai RM3,000.

Dalam majlis itu juga, Hap Seng turut mempamerka­n perumahan di Kingfisher Sandakan Condominiu­m serta di Bandar Sri Perdana Lahad Datu Fasa 4D Rumah Berkembar 2.5 Tingkat dan Fasa 4F Rumah Teres Dua Tingkat.

Sempena majlis dua hari itu, pengunjung yang datang berpeluang mengikuti cabutan bertuah dan menikmati jamuan ringan serta pemberian cenderahat­i.

Pelanggan juga boleh mengunjung­i rumah contoh yang dibina di bandar lain dengan menggunaka­n alat realiti maya.

Untuk maklumat yang selanjutny­a, bolehlah hubungi nombor talian 089-773311-5, 012-883 0433 dan 012-811 0309.

 ?? ?? Rumah Banglo Fasa 2 C, Bandar Sri Indah.
Rumah Banglo Fasa 2 C, Bandar Sri Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia