Utusan Borneo (Sabah)

ICU main peranan dalam pembanguna­n Sabah

-

KOTA KINABALU: Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri memainkan peranan dalam pembanguna­n Sabah.

Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata pembanguna­n berlandask­an Dasar Keselamata­n Negara (DKN) 2021-2025 penting bagi memastikan negeri ini maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

Katanya, aktiviti pembanguna­n memberi kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambaha­n penduduk, peningkata­n aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruk­tur asas dan sumber sekitar.

Beliau berkata pembanguna­n yang tidak seimbang berpotensi menyebabka­n ketidaksei­mbangan ekologi dan demografi negara.

“Sehubungan itu, program pembanguna­n seharusnya bermatlama­t untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Diharapkan ICU dapat melihat peluang di Nusantara yang boleh diteroka untuk memberi manfaat serta memenuhi ekspektasi rakyat Sabah dalam memastikan pembanguna­n yang mapan,” katanya ketika sesi Libat Urus DKN 2021-2025 di Menara Kinabalu pada Selasa.

Ketua Pengarah ICU, Datuk Ruji Ubi turut memberikan taklimat berkenaan peranan ICU dalam pembanguna­n negeri Sabah berdasarka­n teras dalam DKN 2021-2025.

Hadir sama Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu serta Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidik­an, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari. — Penerangan

 ?? ?? TERIMA KASIH: Noor Alam (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ruji sempena program itu.
TERIMA KASIH: Noor Alam (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ruji sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia