Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatk­an

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri di tingkat empat Pangsapuri Sejati Ujana, Batu 7, di sini berjaya diselamatk­an pasukan bomba, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumka­n lelaki berumur 20-an itu berada di atas bumbung tingkat empat pangsapuri tersebut dipercayai cuba membunuh diri.

“Pasukan bomba bertindak naik menggunaka­n tangga ke lokasi kejadian dan berjaya memujuk lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit berjaya ditenangka­n dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika diselamatk­an oleh pasukan bomba.

“Lelaki terbabit dibawa turun dan kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Pasukan bomba kemudianny­a menjalanka­n pemeriksaa­n akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.40 malam,” katanya.

 ?? ?? OPERASI: Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat­kan mangsa di tingkat empat pangsapuri tersebut.
OPERASI: Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat­kan mangsa di tingkat empat pangsapuri tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia