Utusan Borneo (Sabah)

Guru dan bekas pelajar SMK Lajau tawan Gunung Kinabalu

-

LABUAN: Seramai 16 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lajau Wilayah Persekutua­n Labuan berjaya menawan Gunung Kinabalu pada 8 hingga 9 Jun lalu.

Penasihat delegasi, Julaily Simon berkata program pendakian yang dikenali sebagai Project Possible Kinabalu 2022 itu turut disertai oleh guru-guru, bekas pelajar dan ahli keluarga.

Katanya, program pendakian ini merupakan program pertama sempena Sambutan Jubli Perak yang ke-25 Tahun SMK Lajau.

“Menerusi program itu, ia mampu mengeratka­n kerjasama ahli pasukan serta melihat keindahan Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya,” katanya yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Lajau.

Ketua pasukan Project Possible Kinabalu 2022, Mohd Putra Yassin turut berkongsi pengalaman berkata, mereka telah menjalani latihan selama dua hingga tiga bulan sebelum mendaki puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara itu.

Program Project Possible Kinabalu 2022 ini telah dirancang sejak 3 tahun lepas lagi namun hanya dapat dilaksanak­an pada tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan sepanjang pendakian itu, Mohd Putra berkata mereka telah memulakan pendakian dari Timpohon Gate pada Rabu 8 Jun pukul 8.30 pagi dan tiba di Panalaban kira-kira jam 4.30 petang.

Kemudian mereka memulakan pendakian menuju puncak Gunung Kinabalu seawal pukul 2 pagi dan tiba di puncak kira-kira pukul 5.30 hingga 7 pagi pada Khamis 9 Jun 2022.

“Antara cabaran yang mereka lalui ialah keupayaan untuk mengekalka­n stamina berikutan paras oksigen yang semakin berkuranga­n terutama ketika ketinggian melepasi 3,000 meter dari aras laut, keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan pada waktu subuh menyebabka­n mereka terpisah dan terpaksa melalui jalan tangga berbatu yang licin ketika mendaki dan menuruni puncak.

“Namun demikian, Alhamdulil­lah akhirnya semua cabaran tersebut berjaya diatasi berkat doa dan semangat, serta sokongan rakan-rakan, pendaki lain serta malim gunung yang sentiasa membantu,” katanya.

Sementara itu, bagi guru SMK Lajau yang juga bekas pelajar sekolah itu ambilan pertama tahun 1984, Rafizi Yussof pula berkata, pendakian ini tidak mudah, tetapi berkat doa dan kerjasama sepasukan dan demi mengenang jasa SMK Lajau selama 25 tahun dalam arus pendidikan terutama di Wilayah Persekutua­n Labuan akhirnya pasukan Project Possible Kinabalu 2022 berjaya juga.

“Ia merupakan satu pengalaman yang menarik untuk dikenang apatah lagi diadakan sempena Sambutan Jubli Perak yang ke-25 tahun SMK Lajau,”katanya bangga.

Julaily Simon tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada Pengetua SMK Lajau, Siti Aminah Zakaria dan Jawatankua­sa Persatuan Alumni SMK Lajau serta semua pihak yang terlibat yang sentiasa memberikan dorongan, sumbangan dan semangat kepada pasukan tersebut.

 ?? ?? BANGGA: Sebahagian pendaki mengibarka­n bendera SMK Lajau dan banner Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak ke-25 tahun di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
BANGGA: Sebahagian pendaki mengibarka­n bendera SMK Lajau dan banner Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak ke-25 tahun di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini.
 ?? ?? REKREASI: Sekumpulan pendaki bersama malim gunung bergambar kenang-kenangan setelah tiba di Kinabalu Park dari Timpohon Gate.
REKREASI: Sekumpulan pendaki bersama malim gunung bergambar kenang-kenangan setelah tiba di Kinabalu Park dari Timpohon Gate.
 ?? ?? ALBUM: Para pendaki Project Possible Kinabalu 2022 bergambar sebelum memulakan aktiviti pendakian yang berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu.
ALBUM: Para pendaki Project Possible Kinabalu 2022 bergambar sebelum memulakan aktiviti pendakian yang berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia