Utusan Borneo (Sabah)

Perubahan iklim: Kerajaan akan bangunkan MyNAP

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membangunk­an Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) berkaitan impak perubahan iklim, yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang serta strategi pembanguna­n kebangsaan untuk pelbagai sektor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia meliputi sektor kesihatan awam, infrastruk­tur, keselamata­n dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversi­ti.

Perkara itu antara yang dibincangk­an dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia atau Malaysia Climate Change Action Council (MyCAC) secara dalam talian yang membincang­kan hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatk­an daya tahan dan kesediaan negara menghadapi impak perubahan iklim, katanya.

“Ini berikutan Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim seperti hujan lebat yang mengakibat­kan fenomena banjir besar. Ini kerana iklim Malaysia berkelemba­pan tinggi di samping bentuk muka buminya yang turut menyumbang kepada fenomena ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menterimen­teri Besar dan Ketuaketua Menteri, MenteriMen­teri Kabinet, wakil Ketua Setiausaha Negara dan pakar dalam bidang perubahan iklim.

Beliau berkata antara tindakan lain yang akan dilaksanak­an adalah menggalakk­an kerajaan negeri mengguna pakai Indeks Adaptasi Perubahan Iklim Malaysia bagi meningkatk­an respons kepada impak perubahan iklim.

“Selain itu, tindakan yang akan dilaksanak­an ialah mengintegr­asi faktor perubahan iklim dalam peringkat perancanga­n, reka bentuk serta pelaksanaa­n projek-projek sektor air dan infrastruk­tur bagi mengurangk­an risiko bencana banjir,” katanya.

Perdana Menteri berkata mesyuarat berkenaan turut membincang­kan cadangan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam penganjura­n acara-acara besar, yang dijangka menjadi pemangkin kepada pembanguna­n ekosistem kenderaan elektrik selain mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (GHG) secara berkesan.

Beliau berkata ia juga berpotensi menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan mesra alam serta menjimatka­n subsidi bahan api oleh kerajaan.

Ismail Sabri berkata mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon dibangunka­n oleh Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menyediaka­n panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia.

“Kerangka ini memberi penekanan kepada kepentinga­n dan kelebihan urus niaga kredit karbon di peringkat domestik bagi memastikan pelaksanaa­n mekanisme pasaran karbon dilaksanak­an secara telus, sekali gus menepati piawaian antarabang­sa serta menyumbang terhadap sasaran penguranga­n pelepasan GHG negara,” katanya.

Pada masa ini, KASA sedang membangunk­an Strategi Jangka Masa Panjang Pembanguna­n Rendah Karbon Negara selaras dengan aspirasi negara mencapai pelepasan GHG sifar bersih, seawal 2050.

Beliau berkata komitmen dan usaha kerajaan dalam menerajui agenda perubahan iklim juga akan diteruskan dengan menyertai Persidanga­n Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) ke27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 hingga 18 Nov yang merupakan persidanga­n tahunan bagi membincang­kan isu global perubahan iklim.

Perdana Menteri berkata beliau akan mengetuai delegasi negara ke persidanga­n berkenaan bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri serta Menteri Alam Sekitar dan Air.

“Selaras aspirasi ‘Keluarga Malaysia Lestari’, Kerajaan Persekutua­n bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkepenti­ngan lain akan terus bekerjasam­a bagi memastikan keupayaan negara dalam menangani isu perubahan iklim dapat diperkukuh­kan demi kesejahter­aan Keluarga Malaysia pada masa kini dan akan datang,” kata Perdana Menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia