Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu antara negeri catat kadar pertumbuha­n tahunan penduduk terendah di Malaysia

-

KUALA TERENGGANU: Terengganu tergolong dalam lima negeri di Malaysia yang mencatat kadar pertumbuha­n tahunan penduduk paling rendah iaitu sekitar 1.3 peratus.

Empat negeri lain ialah Melaka, Putrajaya, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Perlis.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzair Mahidin berkata jumlah penduduk Terengganu pada 2020 ialah 1.15 juta orang, hanya mewakili tiga peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 32.4 juta orang.

“Terengganu mengalami fenomena kurang penduduk. Penurunan pertumbuha­n tahunan penduduk antaranya didorong oleh penghijrah­an masyarakat ke luar untuk aktiviti ekonomi.

“Bagaimanap­un, dengan Pelan Induk Pembanguna­n Sejahtera 2030 (PITAS 2030) yang dilancarka­n oleh kerajaan negeri, mungkin akan berlaku perubahan apabila lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan di negeri ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an taklimat Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN): Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APLIKASI: Adam Akashah Ahmad menunjukka­n aplikasi Kawasanku yang memaparkan data banci 2020 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama APLIKASI: Adam Akashah Ahmad menunjukka­n aplikasi Kawasanku yang memaparkan data banci 2020 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia