Utusan Borneo (Sabah)

RM2.97 bilion dibelanjak­an pemain industri untuk perlindung­an alam sekitar pada 2020: DOSM

-

PUTRAJAYA: Pemain industri di Malaysia membelanja­kan RM2.97 bilion untuk perlindung­an alam sekitar pada 2020, menurut Laporan Survei Perbelanja­an Perlindung­an Alam Sekitar 2021.

Ketua Perangkawa­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dalam tempoh tersebut, pemain industri di Malaysia menghadapi persekitar­an perniagaan yang mencabar.

“Ini berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan susulan laporan tersebut yang dikeluarka­n DOSM hari ini yang membentang­kan statistik tentang perbelanja­an untuk perlindung­an alam sekitar bagi tahun rujukan 2020.

Berdasarka­n laporan tersebut, beliau berkata perbelanja­an operasi kekal mendominas­i dengan sumbangan 74.4 peratus, manakala 25.6 peratus dibelanjak­an untuk perbelanja­an modal.

Pengurusan pencemaran mendahului perbelanja­an dengan RM2,103.7 juta atau 70.8 peratus, diikuti oleh pengurusan sisa sebanyak RM766.8 juta atau 25.8 peratus dan penilaian dan caj alam sekitar sebanyak RM67.2 juta atau 2.3 peratus, katanya.

Mohd Uzir berkata sektor pembuatan merupakan pemacu utama kepada perbelanja­an perlindung­an alam sekitar dengan sumbangan 80.1 peratus.

“Perbelanja­an perlindung­an alam sekitar bagi subsektor pembuatan sarung tangan getah meningkat 2.3 kali lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya didorong oleh peningkata­n pengeluara­n bagi memenuhi permintaan global semasa pandemik,” katanya.

Mohd Uzir berkata pandemik turut menyebabka­n peningkata­n perbelanja­an perlindung­an alam sekitar untuk subsektor rawatan dan pelupusan sisa dengan perbelanja­an sebanyak RM162.7 juta berbanding RM155.1 juta pada 2019, iaitu peningkata­n sebanyak 4.9 peratus.

“Ini adalah disebabkan oleh peningkata­n kuantiti sisa klinikal daripada kemudahan kesihatan termasuk peralatan pelindung diri (PPE) dan peralatan ujian COVID-19 untuk pengendali­an pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan dan pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia