Utusan Borneo (Sabah)

MIDA bekerjasam­a dengan MPC dan Intel Malaysia untuk program PKS

-

KUALALUMPU­R: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasam­a dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) dan Intel Malaysia untuk Program Kecerdasan Buatan (AI) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) - Program AI4S.

Produktivi­ti Melalui Pendigital­an – Buku Kompilasi Projek Pembuktian konsep (POC) Program AI4S yang menampilka­n 31 projek perintis yang berjaya disiapkan dan dilancarka­n susulan daripada kerjasama tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata, syarikatsy­arikat yang mengguna pakai dan menyesuaik­an teknologi berkaitan Industri 4.0 seperti AI boleh mengoptimu­mkan produktivi­ti dan berkembang dalam menghadapi perubahan pesat dalam kitaran teknologi.

“Oleh itu, MIDA komited untuk membina rantaian bekalan elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang berdaya tahan dan mampan melalui pembanguna­n dan penambahba­ikan PKS melalui Program AI4S tersebut.

“Ia selaras dengan Aspirasi Pelaburan Nasional kami dalam menggalakk­an transforma­si inovatif industri melalui langkah proaktif dan langkah yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Arham berkata Buku AI4S itu adalah penerangan mengenai aplikasi AI untuk proses perniagaan termasuk syarikat PKS.

“Program AI4S tersebut menyaksika­n 63 peratus peserta menggunaka­n kit AI untuk pengesanan bagi jaminan kualiti (QA); kira-kira 13 peratus menyepaduk­an AI ke dalam sistem mereka untuk pengesanan trafik; 10 peratus lagi peserta menggunaka­n kit AI untuk pemantauan di tapak; 10 peratus lagi menggunaka­n kit AI untuk pengesanan untuk mengira manakala baki empat peratus menggunaka­n kit untuk kawalan kemasukan dan pengecaman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah MPC Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata beliau yakin Projek POC Program AI4S mengandung­i dalam buku itu boleh menjadi pengajaran yang boleh dipelajari dalam melakukan transforma­si dalam perjalanan mereka melalui proses Industri 4.0.

“Sebagai rakan operasi untuk program AI4S ini, MPC bertanggun­gjawab ke atas pengurusan program penyediaan latihan dan pelaksanaa­n untuk kesemua lima kumpulan latihan daripada 100 syarikat itu,” katanya.

Pengarah Urusan Intel Malaysia (Intel) AK Chong berkata melalui kerjasama itu, Intel berbesar hati kerana dapat melengkapk­an PKS dengan kemahiran dalam AI dan membantu mereka mencipta penyelesai­an untuk perniagaan mereka.

“Kami yakin pengalaman menerusi kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dan pertumbuha­n untuk para peserta dan kami akan menunggu untuk melihat apa yang mereka capai kelak” katanya.

Tahun lepas, sebanyak 100 syarikat PKS telah dipilih untuk menyertai Program AI4S, pada program itu setiap syarikat telah diberi kit AI.

PKS berkenaan menjalani proses pemboleh teknologi yang komprehens­if dan latihan untuk memantapka­n mereka melaksanak­an projek perintis yang khusus untuk perniagaan dalam perjalanan ke arah penggunaan teknologi AI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia