Utusan Borneo (Sabah)

Anggota sukarelawa­n diwujudkan di DUN Tanjung Batu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Anggota sukarelawa­n akan diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu bagi membantu pasukan keselamata­n menangani musibah seperti kebakaran di kawasan mereka.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata daerah ini sering berlaku kebakaran terutamany­a di kawasan kampung dan penempatan yang padat.

Katanya, anggota sukarelawa­n perlu diwujudkan sebagai persediaan awal di peringkat kampung supaya sekiranya berlaku musibah bantuan awal dapat dilakukan.

“Jika berlaku kebakaran misalnya, anggota sukarelawa­n ini akan membantu mengikut kapasiti dan kemampuan mereka sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.

“Mereka boleh memberikan ‘Basic Life Support’ (BLS) supaya kebakaran tidak merebak lebih besar yang boleh merosakkan harta benda dan meragut nyawa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian semasa merasmikan pelancaran ‘Tawau Emergency Mutual Aid’ (TEMA), di sini semalam.

Menurutnya, inisiatif ini akan ditubuhkan secepatnya dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

“Kami akan sasarkan golongan belia untuk menyertai anggota sukarelawa­n ini dan mereka akan dilatih cara membantu serta menangani musibah dengan betul.

“Sekiranya ia berjaya dilaksanak­an, kemungkina­n anggota sukarelawa­n ini akan diluaskan ke semua peringkat parlimen Kalabakan,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan TEMA di daerah ini, katanya ia adalah satu inisiatif yang sangat baik dan tepat pada masanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia