Utusan Borneo (Sabah)

Terima kasih guru atas pengorbana­n mendidik anak bangsa: Robert

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Guru memainkan peranan amat penting dalam membentuk anak-anak dan tidak dinafikan profesion itu mempunyai cabaran tersendiri, apatah lagi semasa pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, berkata justeru itu guru wajar diberi penghargaa­n dengan meraikan mereka sempena Hari Guru yang diadakan setiap tahun sebagai tanda menzahirka­n terima kasih atas didikan yang dicurah tanpa mengenal erti penat lelah.

Jelas beliau, pengorbana­n warga pendidik yang tidak jemu mengajar anak-anak merupakan pekerjaan mulia kerana ilmu yang dicurahkan berupaya mengubah kehidupan pelajar ke arah lebih baik, sekali gus memberi impak kepada pembanguna­n negara.

“Secara peribadi saya amat mengagumi dan menghargai semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak-anak bangsa demi negara. Terima kasih cikgu, anda semua memikul amanah yang sangat besar. Profesion ini amat tinggi darjatnya dan tidak kurang juga suatu yang dimuliakan sepanjang zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunsanad di Dewan Watts, baru-baru ini.

Dalam perkembang­an semasa, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor yakin tema sambutan Hari Guru tahun ini, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ dapat memberi suntikan semangat kepada warga pendidik untuk kekalkan momentum melahirkan pelajar yang cemerlang.

Beliau berharap para guru akan terus meningkatk­an kesungguha­n mereka, memperliha­tkan komitmen dan kebolehan masing-masing bagi mencapai matlamat serta sasaran sekolah dalam melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang di masa hadapan.

 ?? ?? RASMI: Robert melakukan simbolik bagi merasmikan sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan SMK Gunsanad yang diadakan di Dewan Watts.
RASMI: Robert melakukan simbolik bagi merasmikan sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan SMK Gunsanad yang diadakan di Dewan Watts.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia