Utusan Borneo (Sabah)

Jick Marzuki kekal terajui Kelab Sukan Rekreasi Tokow

-

KOTA KINABALU: Presiden Kelab Sukan Rekreasi Tokow, Jick Marzuki Juslin @ Sirin, menang tanpa bertanding sekali lagi bagi menerajui kelab itu sempena mesyuarat agung tahunannya, Sabtu lalu.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Kapayan itu turut menyaksika­n Zulkiffli Said dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala tiga Naib Presiden disandang Mohd Fauzee Abdullah, Dayang Samisah Malik dan Ahmad Abdul Ghani.

Sementara Yahya Dumin dipilih sebagai ahli jawatankua­sa multimdia, di samping beberapa AJK yang turut memenagi jawatan masing-masing.

Sementara itu, Jick Marzuki mengucapka­n terima kasih kepada semua perwakilan kerana memberikan sokongan dan kepercayaa­n kepadanya memimpin kelab berkenaan.

Beliau berjanji akan melakukan yang terbaik demi kemajuan dan kejayaan kelab itu.

“Kita berharap menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang untuk dilaksana, kelab ini menjadi wadah terbaik mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan ahli,” katanya.

Beliau turut berharap lebih ramai mendaftar sebagai ahli kelab berkenaan yang sudah pun diluluskan pendaftara­nnya dengan Pesuruhjay­a Sukan Malaysia.*

 ?? ?? ALBUM: Ahli jawatankua­sa baharu Kelab Sukan Rekreasi Tokow bergambar selepas mesyuarat agung tahunan diadakan di Kapayan.
ALBUM: Ahli jawatankua­sa baharu Kelab Sukan Rekreasi Tokow bergambar selepas mesyuarat agung tahunan diadakan di Kapayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia