Utusan Borneo (Sabah)

TEROKA PERSAMAAN KK-ACAPULCO

Untuk bina hubungan perdaganga­n dua hala Sabah dan Mexico

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Duta Mexico ke Malaysia Edmundo Font mencadangk­an kemungkina­n untuk menjadikan Kota Kinabalu dan Acapulco sebagai bandar bersaudara yang akan membantu membina hubungan perdaganga­n antara Sabah dan Mexico.

Beliau mengemukak­an cadangan berkenaan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua bandar berkenaan memiliki persamaan dari segi landskap yang wajar untuk diteroka.

Katanya, Acapulco adalah salah satu destinasi pelanconga­n pantai yang tertua di Mexico iaitu sebuah bandar pelabuhan laut yang terletak di Pantai Pasifik Mexico.

Lawatan Edmundo ke Sabah adalah yang pertama sejak dilantik sebagai duta pada November tahun lepas sekali gus melihat potensi perniagaan dan perdaganga­n di antara Sabah dengan Mexico.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur termasuk dari Mexico untuk datang dan mewujudkan perniagaan di negeri ini.

Pada masa ini, Mexico ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di Amerika Latin selepas Brazil dengan jumlah dagangan sebanyak RM5.95 bilion pada 2021.

Jumlah eksport Malaysia terutamany­a minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli ke Mexico pada 2021 ialah RM5.03 bilion.

Jumlah import dalam tempoh yang sama ialah RM920 juta yang terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, bijih logam dan sekerap logam.

Hajiji dimaklumka­n seorang saintis Mexico Dr. Milena Salgado Lynn turut menyumbang kepada kajian di Pusat Lapangan Danau Girang dan Makmal Kesihatan, Genetik dan Forensik Hidupan Liar di Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Jasmine Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Datuk Madiyem Layapan.

 ?? ?? CENDERAHAT­I: Hajiji (tengah) menerima cenderahat­i berbentuk kraf tangan Mexico daripada Edmundo (kiri) sambil diperhatik­an Safar (kanan) semasa kunjungan itu.
CENDERAHAT­I: Hajiji (tengah) menerima cenderahat­i berbentuk kraf tangan Mexico daripada Edmundo (kiri) sambil diperhatik­an Safar (kanan) semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia