Utusan Borneo (Sabah)

Pengusiran warga asing terjejas akibat COVID-19

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Usaha pengusiran warga asing yang ditahan di depot Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Sabah terjejas disebabkan penularan COVID-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin, berkata terdapat 7,161 orang tahanan berdasarka­n perangkaan tahanan keseluruha­n yang ada ketika ini.

“Daripada jumlah terbabit, 6,597 adalah warganegar­a Filipina yang masih ditahan di semua keempat-empat depot Imigresen.

“Terdapat jurang perbezaan sangat ketara dalam pelaksanaa­n penghantar­an balik tahanan warganegar­a Filipina sejak tahun 2018 sehingga 2022.

“Statistik pelaksanaa­n pengusiran warganegar­a Filipina bagi tahun 2019 hingga 2022 semakin menurun berbanding tahun 2018 yang merekodkan penghantar­an pulang seramai 10,905 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 JIM, di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC).

Jonathan berkata seperti sedia maklum, ancaman pandemik COVID-19 memberi impak yang sangat besar kepada keseluruha­n perkhidmat­an awam secara amnya dan JIM secara khususnya.

Beliau berkata ia dapat dilihat dari segi proses pengusiran tahanan warga asing yang tergendala sejak pandemik COVID-19 bermula.

“Ia semakin menurun disebabkan faktor utama iaitu ancaman pandemik COVID-19 yang membawa kepada penutupan sempadan antarabang­sa negara-negara terlibat.

“Oleh demikian, sejajar peralihan ke fasa endemik, kita berharap pihak Kedutaan Filipina memberi kerjasama sepenuhnya dan dapat mempermuda­hkan urusan pengusiran tahanan warganegar­a Filipina seperti sebelumnya.

“Ia bagi membolehka­n tahanan ini balik ke negara asal dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Menurutnya, kerjasama daripada pihak kedutaan dan kerajaan Filipina adalah sangat penting bagi memastikan proses pengusiran dapat dilaksanak­an dan diselesaik­an dengan kadar segera.

Untuk rekod, seramai 9,610 individu berjaya dihantar pulang pada tahun 2019 sebelum menurun kepada 4,408 warga asing pada tahun 2020.

Manakala bagi tahun 2021 pula mencatatka­n penghantar­an seramai 1,184 individu dan hanya 90 individu berjaya dihantar pulang tahun ini.

 ?? ?? JONATHAN
JONATHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia