Utusan Borneo (Sabah)

Swasta disaran terlibat bantu pasar produk IKS Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Syarikat swasta di negeri ini disaran untuk terlibat dalam membantu memasarkan produk-produk kraf tangan dan Industri KeciI dan Sederhana (IKS) Sabah ke luar negara.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag berkata, penglibata­n syarikat swasta dalam industri logistik dan e-dagang dapat membantu usahawan Sabah memasarkan produk mereka ke pasaran luar negara.

Katanya, Sabah mempunyai banyak produk kraf tangan dari pelbagai etnik dan produk IKS yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara.

“Produk-produk berkenaan banyak dijual di pasaran tempatan dan Semenanjun­g sahaja disebabkan kos pengangkut­an yang agak tinggi untuk menghantar­nya ke luar negara.

“Dengan adanya penglibata­n syarikat swasta khususnya yang terlibat dalam bidang logistik dan e-dagang, sudah tentu ia dapat membantu usahawan tempatan kita untuk memasarkan produk-produk IKS ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada pengurusan World Asia Logistics (M) Sdn.Bhd di Rumah Yayasan Sabah di sini semalam.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah World Asia Logistics (M) Sdn. Bhd, Mohd Jabbarulla­h Abd Kadir bagi membincang­kan produk-produk kraf tangan dan produk IKS Sabah untuk dipasarkan ke luar negara.

World Asia Logistics adalah sebuah syarikat logistik untuk menghantar barang ke seluruh negara, turut terlibat mengambil produk-produk dari Malaysia untuk dipasarkan ke luar negara melalui aplikasi ‘MyBakul’ dan ‘Big Borneo’.

Juliah berharap usaha yang akan dilakukan oleh World Asia Logistics menggunaka­n platform e-dagang dapat membantu usahawan di Sabah khususnya usahawan kraf dan IKS memajukan perniagaan mereka dengan memasarkan produkprod­uk tempatan ke pasaran global.

Hadir sama Pengarah Urusan World Asia Logistics E.Kandasamy dan Pengarah Wyngs (Director of Wyngs) Eswar Kanda Kumar Kandasamy, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an (DIDR) Sabah Tseu Kei Yue dan Ketua Bahagian IKS DIDR Lofina Justin.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Juliah (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Mohd Jabbarulla­h (tengah) semasa kunjungan itu.
KUNJUNGAN: Juliah (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Mohd Jabbarulla­h (tengah) semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia