Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha resort dinasihat tingkat kawalan keselamata­n premis

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menasihatk­an pengusaha resort di pantai timur Sabah untuk meningkatk­an kawalan keselamata­n dalam premis masing-masing.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad, berkata usaha itu dilaksana dengan berganding bahu membentuk kerjasama erat bersama pasukan keselamata­n demi melonjakka­n kesejahter­aan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Keselamata­n ESSCOM Kepada PengusahaP­engusaha Resort dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sabah dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Hotel Seafest, Semporna.

Katanya, majlis yang disertai 42 pengusaha resort sekitar pantai timur Sabah itu membuka ruang kepada pengusaha resort berinterak­si secara terus dengan pihak berkuasa berhubung cabaran keselamata­n dalam industri pelanconga­n khususnya di Semporna.

ESSzone.

“Selain itu, majlis ini juga dapat memupuk hubungan rapat antara ESSCOM dengan pengusaha resort serta mengukuhka­n persepsi positif berhubung tahap kawalan keselamata­n di ESSZone yang sentiasa diberi perhatian serius oleh kerajaan,” katanya.

Dalam Majlis sama, ESSCOM melancarka­n Kajian Kebolehlak­sanaan Pelantikan Polis Bantuan di Resort Pantai Timur Sabah dengan kerjasama daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, cadangan pelantikan Polis Bantuan di resort pantai timur Sabah ini adalah tambahan elemen kawalan keselamata­n kendiri di premis mengikut peruntukan Bahagian IX, Akta Polis 1967 iaitu Seksyen 47 hingga Seksyen 50 bagi melengkapi dan mengukuhka­n kawalan keselamata­n yang sedia wujud di lokasi-lokasi strategik di pantai timur Sabah.

Tambahnya, kajian tersebut akan dilaksanak­an dalam tempoh tiga bulan dan dijangka selesai pada suku tahun ketiga 2022.

 ?? ?? TAKLIMAT:
Sesi dialog semasa Majlis Taklimat Keselamata­n ESSCOM di Hotel Seafest,
TAKLIMAT: Sesi dialog semasa Majlis Taklimat Keselamata­n ESSCOM di Hotel Seafest,
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia