Utusan Borneo (Sabah)

Jangkitan tinggi di KK, Penampang punca kes melonjak

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Peningkata­n tinggi jumlah jangkitan baharu kes COVID-19 di daerah ini dan Penampang menjadi faktor utama kes harian di Sabah berada pada paras yang tinggi semalam iaitu 137 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara perbanding­an jumlah daerah yang merekodkan penurunan jangkitan harian sebanyak 13 daerah lebih banyak daripada daerah yang merekodkan pertambaha­n kes iaitu lima daerah.

Menurutnya, hanya daerah Sandakan merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar iaitu sembilan kes.

“Sebanyak sembilan daerah kembali mencatatka­n kes sifar semalam setelah mencatatka­n sekurang-kurangnya satu kes hari sebelumnya.

“Dua daerah yang sebelumnya tidak mencatatka­n sebarang jangkitan merekodkan kes baharu, manakala jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu pula bertambah daripada sembilan kepada 16 daerah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak 136 daripada 137 kes semalam adalah dalam kategori satu dan dua serta satu kes dalam kategori empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia