Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan perpisahan Panglima Lima Divisyen

-

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Mohd Halim yang akan bersara wajib pada Januari depan, menyampaik­an penghargaa­n kepada Juhar serta Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan sepanjang 18 bulan perkhidmat­an sebagai Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

“Sepanjang tempoh perkhidmat­an di Sabah, saya terlibat secara langsung dalam usaha kerajaan memutuskan rangkaian rantaian COVID-19 semasa pandemik dan syukur kita telah berjaya meredakan virus berbahaya itu.

“Saya menyeru kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan fahaman politik agar sentiasa bersama-samamenjag­akese- lamatan negara,” ujarnya kepada media di Istana Seri Kinabalu. — Penerangan

 ?? ?? CENDERAHAT­I: Halim (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tun Juhar.
CENDERAHAT­I: Halim (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia