Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan RELA penting jamin aspek keselamata­n, keharmonia­n komuniti

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Anggota pasukan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) amat penting dalam menjamin tahap keselamata­n dan keharmonia­n komuniti.

Timbalan Penguasa Rela Kanan Ranau, Ruhimin Japar berkata setiap anggota dalam satu Platun hendaklah membudayak­an disiplin diri, ketahanan fizikal dan mental dalam menjalanka­n tugas yang diamanahka­n tanpa membezakan kaum, agama dan ideologi politik.

“Disebabkan itulan anggota RELA adalah sebagai pasukan pelapis keselamata­n yang melaksanak­an peranan dan fungsi sama seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia dalam melakukan tanggungja­wab menjaga keamanan negara.

“Anggota RELA adalah unit yang dekat serta rapat dengan kemuniti setempat dan perlu peka dalam peranan menjaga keselamata­n penduduk,” katanya semasa Majlis Sambutan Hari Raya Platun 0010 bersama penduduk Kampung Tungou Ranau di sini.

Ruhimin memaklumka­n anggota RELA adalah ‘Mata Dan Telinga’ kerajaan bagi menentukan keharmonia­n penduduk setempat.

“Jika ada kehadiran warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah maka itu adalah peranan anggota RELA untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hadir sama pada majlis tahunan itu Pegawai RELA Daerah (PRD) Khairul, Ketua RELA Mukim Randagong yang juga Ketua Platun 0010 Kampung Tungou, Samsul Martah bersama lebih 30 penduduk.

 ?? ?? KENANGAN: Anggota RELA 0010 Kampung Tongou merakam gambar bersama Ruhimin (depan enam kiri).
KENANGAN: Anggota RELA 0010 Kampung Tongou merakam gambar bersama Ruhimin (depan enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia