Utusan Borneo (Sabah)

MARA luluskan RM98.47 juta pembiayaan perniagaan usahawan Sabah

-

KOTA MARUDU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan RM98.47 juta pinjaman perniagaan untuk 1,121 usahawan di Sabah bagi tempoh antara 2020 hingga 31 Mei lepas, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM39.9 juta diluluskan untuk 583 usahawan wanita yang telah mendapat pembiayaan MARA pelbagai skim pembiayaan agensi tersebut.

Katanya daripada jumlah itu juga seramai 142 usahawan wanita telah mendapat kelulusan untuk Skim DANANITA melibatkan peruntukan sebanyak RM6.2 juta.

“MARA Sabah juga telah diperuntuk­kan sebanyak RM5 juta untuk Program Penjana E-Commerce melibatkan 500 peserta dengan 60 peratus disasarkan untuk usahawan wanita.

“Sasaran itu terutama usahawan wanita luar bandar, golongan B40 dan juga ibu tunggal yang memerlukan pengetahua­n dan kemahiran tentang E-Commerce dan pemasaran digital bagi meningkatk­an potensi dan pendapatan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bina Niaga dan Outreach Luar Bandar MARA Negeri Sabah di Matunggong di sini.

Azizah turut menyeru komuniti usahawan Sabah agar sering berhubung dengan MARA tentang peluang kemudahan yang ditawarkan khususnya dalam fasa peralihan ke endemik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia