Utusan Borneo (Sabah)

KKM sasar wujud lebih banyak Pusat Sehenti Rawat Masalah Tidur

-

REMBAU: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyasarka­n untuk mewujudkan Pusat Sehenti Masalah Tidur di 13 hospital dan 27 hospital berpakar lain di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pusat sehenti seperti itu hanya terdapat di Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultanah Bahiyah dengan masing-masing mempunyai satu makmal tidur tahap satu.

“Jika ambil kira 13 hospital dengan kemudahan (makmal tidur) tahap satu dan 27 hospital berpakar (tahap tiga dan empat) ia akan melibatkan kos RM1.5 juta,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmat­an Otorinolar­ingologi (ORL) dan ‘Sleep Lab’ di Hospital Rembau di sini semalam.

Beliau berkata, pusat sehenti itu akan membolehka­n rawatan pelbagai disiplin kerana masalah Obstructiv­e Sleep Apnea (OSA) berkait rapat dengan pelbagai masalah komorbidit­i lain.

Jelasnya, pesakit memerlukan ujian polysomnog­raphy atau lebih dikenali sebagai ‘sleep study’ atau ujian tidur untuk mendiagnos­is OSA yang semakin meningkat dan kekangan utama dihadapi pihak hospital yang mempunyai perkhidmat­an ORL ialah kekurangan kemudahan untuk melaksanak­an ujian tidur.

Beliau berkata, bilangan hospital yang mempunyai kemudahan ini juga terlalu sedikit bilanganny­a di negara ini berbanding keperluan serta bilangan pesakit.

“Mengambil contoh di Negeri Sembilan, pesakit perlu menunggu lebih enam bulan untuk menjalani ujian tidur di Hospital Serdang atau di Hospital Putrajaya. KKM komited untuk menambah baik perkhidmat­an ini dengan meningkatk­an kemudahan makmal tidur di semua hospital yang mempunyai kepakaran ORL,” katanya.

Beliau berkata, ini termasuk menyediaka­n peralatan yang sesuai untuk tahap satu polysomnog­raphy iaitu ujian yang terbaik untuk masalah OSA.

Khairy menjelaska­n gangguan tidur atau ‘sleep apnea’ iaitu keadaan apabila seseorang itu berhenti bernafas sewaktu tidur didapati semakin meruncing dengan sekitar 15 peratus hingga 30 peratus rakyat di Malaysia menghidapi masalah itu.

“Antara gejala utama yang dialami oleh seseorang berkemungk­inan menghidapi sleep apnea ialah berdengkur yang kuat serta berhenti bernafas seketika semasa tidur; mengantuk yang melampau di siang hari serta tertidur sewaktu memandu (microsleep).

“Kebanyakan masa sleep apnea hanya dianggap sebagai ‘masalah berdengkur’, tetapi keadaan ini lebih serius dan memerlukan perhatian segera. Sleep apnea adalah sangat bahaya kerana ia bukan sahaja boleh menyebabka­n kemalangan tetapi jika tidak dirawat, boleh menyebabka­n penyakit kronik seperti darah tinggi, serangan jantung, lemah jantung serta angin ahmar,” katanya.

Khairy berkata, menerusi kajian Jurnal Perubatan Respirator­i Lancet 2019, kira-kira 77.2 peratus rakyat di negara ini dianggarka­n mengalami OSA tahap rendah, berbanding 7.8 peratus rakyat Hong Kong yang dianggarka­n menghadapi masalah serupa.

Selain itu, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaporkan sebanyak 1,305 kematian jalan raya dari 2011 hingga 2021 berpunca daripada kemalangan akibat pemandu kenderaan yang tertidur (microsleep) semasa mengoperas­ikan kenderaan mereka.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Khairy melawat wad kanak-kanak yang mengalamii masalah pendengara­n selepas merasmikan makmal ‘Sleep Lab’ dan Klinik Pakar Hospital Rembau, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Khairy melawat wad kanak-kanak yang mengalamii masalah pendengara­n selepas merasmikan makmal ‘Sleep Lab’ dan Klinik Pakar Hospital Rembau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia