Utusan Borneo (Sabah)

300 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di Sabah

-

KOTA BELUD: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi telah membuka kawasan tanaman baharu koko seluas 300 hektar di Sabah menerusi program Rangsangan Pengeluara­n Hasil Koko (RPKH) Tanaman Baharu 2022 (TB22).

Timbalan Menterinya Datuk Willie Mongin berkata program itu antara lain akan menggunaka­n khidmat kontraktor bagi melaksanak­an kerja-kerja pembukaan dan pembersiha­n kawasan berkenaan.

“Inisiatif ini akan meringanka­n bebanan kewangan dan mengurangk­an aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Willie merasmikan program Jelajah Agrikomodi­ti #KeluargaMa­laysia 2022 bersama peserta program RPHK TB22 di Kampung Kiau Taburi dekat sini.

Seramai 30 pekebun dari kampung tersebut menghadiri sesi perjumpaan dikendalik­an Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Willie berkata inti pati utama program RPHK TB22 antara lain meliputi komponen projek tanaman baharu, pembinaan mini pengeringa­n koko serta aktiviti pemindahan teknologi dan pengembang­an.

Beliau berkata sebahagian besar golongan pekebun koko di zon Kiau bekerja sebagai pemandu pelancong di Gunung Kinabalu.

Menurutnya, kedudukan kebun koko di lokasi strategik di daerah itu juga dilihat berupaya melonjakka­n kawasan tersebut sebagai sebuah pusat pelanconga­n berpotensi tinggi.

“Oleh itu, perancanga­n masa depan pembanguna­n industri koko di zon Kiau juga akan berpaksika­n kepada agropelanc­ongan seiring dengan perkembang­an industri inap desa dan rekreasi di kawasan ini,” katanya.

Willie dalam pada itu berkata LKM juga akan membangunk­an 10 hektar tanah untuk tanaman baharu koko di zon Kiau berkonsepk­an integrasi tanaman dengan avokado menjadi tanaman pilihan para pekebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia