Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 penduduk hadir taklimat isu semasa

-

KUDAT: Program taklimat isu-isu semasa anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah dihadiri lebih 50 penduduk di Karakit, Banggi, kelmarin.

Program yang dirasmikan Pegawai Daerah Kudat, Bakri Nanun itu turut dihadiri Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP Kudat, Geoffrey Gumalang.

Pada majlis tersebut, tiga ceramah berkaitan isu kepengguna­an, bayaran hospital dan Undi 18 disampaika­n oleh pegawai-pegawai yang hadir.

Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Cawangan KPDNHEP Kudat, Rosimah Mukit, Pegawai Perubatan Hospital Kudat, Mohd Nazri Mohd Hari dan Pegawai Penerangan Daerah Kudat, Nadia M Lawaji.

Turut diadakan kempen menderma darah yang dikendalik­an Hospital Kudat bagi menampung keperluan bekalan darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia