Utusan Borneo (Sabah)

Jasni hargai pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola DBP

-

KOTA KINABALU: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Datuk Jasni Matlani, mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang memberi kepercayaa­n kepadanya sehingga dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu.

Kata Jasni, kepercayaa­n dan tanggungja­wab diamanahka­n Ketua Menteri itu amat berat, tetapi beliau akan sedaya upaya mengalasny­a sebaik mungkin demi pembanguna­n bahasa dan sastera negara khususnya di Sabah, sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembaga­an negara ini.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri atas pemilihan ini. Pemilihan saya adalah penghormat­an pucuk pimpinan negeri terhadap penulis Sabah dan juga gerakan Bahasa dan Sastera yang secara berterusan gigih berjuang memartabat­kan Bahasa dan Sastera di Sabah dan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n selepas pertemuan semua Ahli Lembaga Pengelola DBP yang baharu dengan Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Jasni yang juga Penerima SEA Write Award 2015 turut mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin, kerana melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengelola DBP itu, sesuai dengan pemilihan calon yang dikemukaka­n Ketua Menteri.

“Pelantikan ini amat bermakna sekali dan sudah pasti banyak yang perlu dilakukan, terutama dalam usaha mencari pelapis pejuang bahasa dan sastera dalam kalangan generasi muda.

“Hal ini perlu, dalam usaha kita menggekalk­an momentum perjuangan, dan menambah baik urus tadbir bahasa dan sastera di Sabah, mahupun dalam konteks berkhidmat untuk rakyat dan negara,” katanya.

Pelantikan berkenaan adalah untuk tempoh tiga tahun, berkuatkua­sa 20 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2025.

 ?? ?? JASNI
JASNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia