Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod satu kes kematian COVID-19

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Satu kes kematian COVID-19 direkodkan di Kota Marudu kelmarin dengan jumlah kes sembuh sebanyak 53 pesakit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk

Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kumulatif pesakit di Sabah setakat 22 Jun lepas adalah seramai 366,415 orang.

Katanya, seramai 187 pesakit masih menerima rawatan di hospital termasuk empat pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal.

“Penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 21 Jun 2022 adalah seramai 836 orang dan daripada jumlah ini, seramai 325 orang adalah penduduk dewasa.

“Kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos pertama setakat 21 Jun lepas adalah seramai 2,607,205 orang. Ini meliputi 2,138,304 penduduk dewasa bersamaan dengan 78.7 peratus jumlah penduduk dewasa.

“Bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,501,824 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,094,776 orang atau 77.1 peratus penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, seramai 336,074 orang atau 78.9 peratus penduduk remaja menerima satu dos vaksin, manakala penduduk remaja yang lengkap dos vaksin adalah seramai 320,665 orang atau 75.2 peratus setakat ini.

Masidi berkata, seramai 132,827 kanak-kanak atau 32.3 peratus menerima satu dos vaksin, manakala kanak-kanak yang lengkap dos vaksin adalah seramai 86,383 atau 21 peratus.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia